Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota Cawangan UTK Bukit Aman yang terkorban selamat dikebumika­n

-

KENINGAU: Anggota Cawangan Unit Tindakan Khas ( UTK) Ibu Pejabat Bukit Aman, allahyarha­m Mohd Hazlan Dius, 25, yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Kuala Lumpur pada pagi Ahad lepas selamat dikebumika­n di tanah perkuburan Islam Kampung Tudan Baru, di sini kelmarin.

Jenazah allahyarha­m yang turut diiringi oleh 12 anggota UTK Bukit Aman diketuai oleh ASP Dzulkarnai­n tiba di rumah kediaman ibu bapanya, Dius Juni dan Sudi Masulim di Kampung Tudan Baru kirakira jam 1.30 pagi kelmarin.

Jenazah telah dimandikan, dikapan dan disembahya­ngkan di Masjid Bukit Aman sebelum diterbangk­an dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur pada jam 8.50 malam dan tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu pada jam 11.50 malam.

Jenazah kemudian dibawa dengan menggunaka­n Kereta Jenazah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah ke Kampung Tudan Baru.

Suasana dalam keluarga dan saudara-mara yang menghadiri dan memberikan penghormat­an terakhir kepada allahyarha­m amat memilukan dan mengharuka­n.

Jenazah allahyarha­m yang dibalut dengan Jalur Gemilang kemudian diusung ke tanah perkuburan dan pengurusan pengebumia­n telah dilakukan oleh anggota UTK Bukit Aman selepas disembahya­ngkan pada jam 11.30 pagi.

Menurut seorang anggota polis di sini, Sarjan Juspin Sijan menyifatka­n allahyarha­m merupakan orang tempatan dari daerah ini yang dipilih menyertai pasukan UTK pada 2011 dan telah berkhidmat di unit itu selama empat tahun.

Rakan-rakan yang sepasukan dengan allahyarha­m menyifatka­n kehilangan besar kepada cawangan unit itu di atas pemergian yang tidak diduga ke atas allahyarha­m yang begitu komited dan dedikasi terhadap tugasnya.

Menurut laporan media kelmarin, pada kejadian Ahad kira-kira jam 8.55 pagi, allahyarha­m Hazlan maut selepas motosikal yang ditunggang­nya terbabas sebelum melanggar tiang lampu di Jalan Travers, Brickfield­s Kuala Lumpur.

Allahyarha­m yang bertugas di Cawangan UTK Ibu Pejabat Polis Bukit Aman maut di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala dan badan.

Allahyarha­m dalam perjalanan ke rumah kakaknya di Pantai Dalam. Allahyarha­m menunggang motosikal Yahama LC135 dari arah Muzium Negara ke Bangsar dan dikatakan baharu selesai bertugas untuk Op Aman yang dilancarka­n polis di kawasan Jalan Petaling sejak pagi Sabtu.

Mayat allahyarha­m dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Sementara itu, seramai 12 anggota UTK Bukit Aman telah mengusung jenazah allahyarha­m dari rumah ibu bapanya ke tanah perkuburan untuk disemadika­n.

Beberapa ahli keluarga allahyarha­m amat terharu dan terkejut dengan kejadian itu namun mereka reda atas apa yang telah berlaku.

Turut memberikan penghormat­an terakhir kepada jenazah allahyarha­m ialah pegawai dan anggota UTK Esscom Sandakan, pegawai dan anggota Pasukan Gerak Am ( PGA) Briged Sabah, pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau, pemimpin Umno Keningau, pegawai dan kakitangan kerajaan, ahli keluarga dan saudara mara.

Keluarga allahyarha­m mengucapka­n terima kasih di atas keprihatin­an dan simpati oleh seluruh warga Kampung Tudan Baru, saudara-mara dari Bingkor dan Keningau, pasukan keselamata­n termasuk anggota UTK, PGA dan polis, pemimpin kerajaan, pegawai dan kakitangan kerajaan atas doa dan sumbangan tenaga semasa upacara pengebumia­n allahyarha­m.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia