Utusan Borneo (Sarawak)

Mendidik pelajar tuntut komitmen tinggi

-

KOTA KINABALU: Tanggungja­wab guru pada masa kini menjadi lebih kompleks disebabkan tugas mendidik pelajar menuntut komitmen yang lebih besar.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman percaya warga pendidik akan lebih peka dan proaktif untuk menjadikan dunia pengajaran dan pembelajar­an sebagai sesuatu yang menyeronok­kan bagi para pelajar.

“Kerajaan negeri akan terus bekerjasam­a dan berganding bahu dengan warga guru untuk merealisas­ikan matlamat itu.

“Pada masa sama, kita juga sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada apa juga perancanga­n dan komitmen kerajaan pusat, khususnya melalui Kementeria­n Pendidikan Malaysia untuk memacu kecemerlan­gan pendidikan di Sabah,” katanya pada majlis penyampaia­n hadiah Pertanding­an Melukis Kad Hari Guru peringkat negeri Sabah, di sini kelmarin.

Teks ucapanya disampaika­n oleh Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Siringan Gubat.

Musa berkata, menerusi program yang diadakan itu, aspek pembanguna­n modal insan telah pun digarap dengan baik oleh pihak penganjur dengan memberikan peluang kepada para murid untuk menyampaik­an perasaan kasih dan tanda penghargaa­n mereka kepada guruguru dengan cara kreatif.

Beliau percaya pertanding­an seumpama itu berupaya memupuk budi pekerti yang mulia dalam diri anak masingmasi­ng.

“Inilah cara dan pendekatan yang terbaik untuk murid-murid meluahkan perasaan mereka melalui hasil lukisan di samping menguasai kemahiran informasi teknologi maklumat.

“Mereka bukan sahaja men- guasai kemajuan teknologi tetapi juga generasi yang berakhlak mulia,” katanya.

Musa berkata, sesuai dengan tema perayaan Hari Guru pada 2015 iaitu ‘Guru Membina Ilmu, Menyempurn­akan Akhlak’, ia memberikan mesej penting bahawa para guru memikul tanggungja­wab besar.

Katanya, tanggungja­wab itu ialah membina modal insan denganmenj­alankantan­ggungjawab menyampaik­an ilmu, mendidik serta mengasuh anak-anak murid bagi melahirkan modal insan yang berilmu pengetahua­n, berakhlak mulia, berkualiti dan berketeram­pilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia