Utusan Borneo (Sarawak)

70 orang penumpang kereta api terkandas

-

KOTA KINABALU: Kira-kira 70 penumpang kereta api dari Stesen Tanjung Aru yang sedang dalam perjalanan ke Beaufort tidak dapat meneruskan perjalanan mereka apabila kereta api yang mereka naiki terkandas di Kawang pagi kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika kereta api itu berhenti di Stesen Kawang.

Selepas tergendala kira-kira satu jam, penumpang terpaksa berpatah balik sebelum menaiki van atau bas untuk meneruskan perjalanan ke destinasi masingmasi­ng.

Kereta api lima gerabak itu pula ditunda semula ke Stesen Tanjung Aru untuk diperbaiki.

Seorang penumpang, Yatim Ahmad yang sedang dalam perjalanan ke Beaufort memberitah­u, penumpang kereta api antaranya wanita dan kanakkanak terpaksa duduk dalam hawa panas sambil menunggu kereta api itu beroperasi semula.

Selain itu, beliau juga menyatakan kemudahan seperti tandas dalam kereta api itu berada dalam keadaan menyedihka­n kerana tidak mempunyai air.

Kejadian itu dikatakan sering berlaku sejak kebelakang­an ini dipercayai kerana kerosakan enjin.

Bagaimanap­un, pihak berkuasa Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) tidak dapat dihubungi untuk ulasan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Kawang Shane Goon Thien Shang menggesa agar kualiti perkhidmat­an kereta api di negeri ini dapat ditingkatk­an.

Beliau berkata, perkhidmat­an kereta api di negeri ini sepatutnya sudah dibangun dan di- gantikan dengan perkhidmat­an yang lebih baik.

Katanya, Sabah sudah sepatutnya mampu menyediaka­n perkhidmat­an LRT, Monorel dan sebagainya bagi memudahkan mobiliti rakyatnya.

Shane berkata, perkara itu sepatutnya dapat dielakkan dan tidak berlaku ketika negeri ini sudah mengecapi kemerdekaa­n sejak 52 tahun lalu.

Sehubungan itu, beliau menyaranka­n agar kerajaan dapat mengambil langkah untuk meningkatk­an lagi perkhidmat­an di negeri ini.

Ketua Satu Ikatan Penulis Sabah Sukor Usin pula menyifatka­n perkhidmat­an kereta api itu mungkin bertambah baik kalau diswastaka­n.

Bagaimanap­un, kerajaan perlu memikirkan kepentinga­n pengguna terlebih dahulu sebelum perkhidmat­an kereta api itu diswastaka­n.

 ??  ?? PATAH BALIK: Seorang ibu dan dua anaknya, antara penumpang yang terkandas di Stesen Kawang kelmarin.
PATAH BALIK: Seorang ibu dan dua anaknya, antara penumpang yang terkandas di Stesen Kawang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia