Utusan Borneo (Sarawak)

Ladang MESEJ diceroboh

Radin arah agensi berkaitan siasat dan ambil tindakan

-

TAWAU: Kerajaan akan mengambil tindakan tegas ke atas penceroboh kawasan tanah Mini Estet Sejahtera ( MESEJ) agar ia tidak menjejaska­n pembanguna­n projek itu yang bertujuan membantu golongan miskin tegar di negeri ini.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Radin Malleh sehubungan itu mengingatk­an kumpulan yang menceroboh kawasan tanah MESEJ agar keluar dari tanah berkenaan, kerana perbuatan mereka itu menyalahi undang-undang.

“Tinjauan saya mendapati penceroboh berkenaan mengambil kesempatan membangunk­an kawasan tanah MESEJ Kampung Sungai Laba, Pulau Sebatik, Tawau dengan tanaman limau dan kelapa sawit.

“Saya mengarahka­n pegawai serta agensi terbabit dengan pelaksanaa­n MESEJ berkenaan agar menyiasat dan mengambil tindakan bagi menyelesai­kan masalah penceroboh­an kawasan tanah MESEJ itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menamatkan lawatan kerja ke ladang MESEJ Kelapa Sawit di Kampung Sungai Laba, Pulau Sebatik, di sini.

Selain melawat pejabat operasi MESEJ Kampung Sungai Laba, Radin turut mengadakan pertemuan dengan peserta MESEJ berkenaan untuk mendengar masalah yang dihadapi mereka.

“Pihak pengurusan Mini Estet Sejahtera (MESEJ) di seluruh negeri Sabah harus membuat pemantauan serta pemeriksaa­n rapi dari semasa ke semasa serta melakukan penyelengg­araan ke atas kemudahan di MESEJ berkenaan.

“Ini kerana, kerajaan negeri membelanja­kan wang yang besar untuk menjayakan pelaksanaa­n projek MESEJ itu demi kesejahter­aan hidup para peserta MESEJ berkenaan,” katanya.

Radin yang juga Naib Presi- den Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata pembinaan projek MESEJ yang merupakan cetusan ilham Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Aman membuktika­n komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri membasmi kemiskinan melalui peningkata­n pendapatan rakyat miskin tegar di kawasan luar bandar di negeri ini.

“Setakat ini, kerajaan negeri membina 48 MESEJ di seluruh Sabah. MESEJ kelapa sawit Kampung Sungai Laba di Pulau Sebatik Tawau yang beroperasi pada 2010 itu mempunyai 33 peserta.

“Saya difahamkan juga peserta MESEJ Kampung Sungai Laba di Pulau Sebatik ini telah menerima dividen masingmasi­ng berjumlah RM300,” katanya.

Beliau berkata, terdapat beberapa aspek yang perlu diberikan tindakan segera oleh pengurusan MESEJ seperti menyelengg­ara rumah peserta dan membaiki kerosakan jalan di kawasan perumahan serta jalan masuk ke MESEJ ini.

“Saya difahamkan jalan masuk ke MESEJ ini mulai rosak pada tahun 2013 akibat hakisan tanah dan laporan kerosakan jalan berkenaan dan permohonan pembaikan jalan itu telah pun dikemukaka­n kepada pihak terbabit, namun belum ada tindakan sehingga hari ini,” katanya.

 ??  ?? BERSEMADI: Jenazah allahyarha­m Mohd Hazlan yang dibalut dengan Jalur Gemilang diusung ke tanah perkuburan oleh anggota Cawangan UTK Ibu Pejabat Bukit Aman.
BERSEMADI: Jenazah allahyarha­m Mohd Hazlan yang dibalut dengan Jalur Gemilang diusung ke tanah perkuburan oleh anggota Cawangan UTK Ibu Pejabat Bukit Aman.
 ??  ?? DICEROBOH: Radin meninjau kawasan tanah MESEJ Kampung Sungai Laba Pulau Sebatik yang diceroboh dan ditanam dengan limau serta kelapa sawit.
DICEROBOH: Radin meninjau kawasan tanah MESEJ Kampung Sungai Laba Pulau Sebatik yang diceroboh dan ditanam dengan limau serta kelapa sawit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia