Utusan Borneo (Sarawak)

APMM lepas tiga das tembakan sebelum tahan bot nelayan asing

-

SANDAKAN: Anggota Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) melepaskan tiga das tembakan amaran sebelum menahan sebuah bot nelayan asing yang disyaki menceroboh perairan negara berhampira­n Pulau Billean di Beluran, kelmarin.

Bot nelayan tersebut ditahan bersama seorang tekong dan 32 awak-awak pada jam 8.50 pagi oleh kapal ronda APMM Daerah Maritim Sandakan.

Ketua Penguatkua­sa Maritim DM 17 Kapt Maritim A. Razak Abdul Rahman berkata ketika dikesan, bot nelayan itu sedang bersauh dan beberapa awakawak berada di dalam air sedang leka melakukan sesuatu.

Katanya, mereka yang di dalam bot itu kemudian bertindak menarik sauh dan memecut meninggalk­an awak-awak yang berada di dalam air untuk melarikan diri setelah menyedari kehadiran anggota penguatkua­sa APMM.

“Kapal ronda APMM bertindak pantas mengejar dan mengarahka­n bot tersebut berhenti untuk diperiksa namun tidak diendahkan dan sebaliknya beberapa kali melanggar kapal ronda APMM sehingga men- galami kerosakan.

“Anggota APMM telah melepaskan tiga das tembakan amaran ke arah laut dan serta-merta bot tersebut berhenti,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya­tekongdana­wakawak yang ditahan berusia 23 hingga59ta­hun,dankesemua­nya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Katanya mereka disyaki menceroboh perairan Malaysia dengan tujuan menangkap sotong menggunaka­n pelampung yang diperbuat daripada buluh.

Beliau berkata turut dirampas hasil tangkapan seberat dua tan dan kesalahan dilakukan mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1963.

A. Razak berkata pihaknya akan terus meningkatk­an kawalan keselamata­n dan penguatkua­saan undang-undang maritim bagi memastikan perairan negara terjamin.

Beliau turut meminta komuniti maritim memberi kerjasama dengan menyalurka­n sebarang maklumat berkaitan jenayah maritim dengan menghubung­i Pusat Operasi DM 17 di talian 089-229504 atau talian Pusat Panggilan Kecemasan MERS 999. — Bernama

 ??  ?? NUKILAN HATI: Siringan (tengah) bersama tetamu kehormat lain meninjau pameran lukisan yang dihasilkan oleh para murid.
NUKILAN HATI: Siringan (tengah) bersama tetamu kehormat lain meninjau pameran lukisan yang dihasilkan oleh para murid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia