Utusan Borneo (Sarawak)

Kongres Kesatuan Guru-Guru sambut baik penambahba­ikan format UPSR 2016

-

KUANTAN: Kongres Kesatuan Guru- guru Dalam Perkhidmat­an Pelajaran Malaysia menyambut baik penambahba­ikan format Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang melibatkan subjek Bahasa Inggeris mulai tahun depan.

Presidenny­a, Datuk Mohamed Sabri Mohd Arsad berkata langkah memecahkan subjek itu kepada dua gred bagi kertas pemahaman dan penulisan, adalah tindakan terbaik bagi menguji tahap penguasaan murid terhadap subjek berkenaan selepas enam tahun mempelajar­inya di sekolah.

“Ini merupakan ukuran terbaik kepada murid setelah enam tahun mereka belajar Bahasa Inggeris di sekolah dan kita juga berharap dengan pelaksanaa­n pengasinga­n dua kertas berkenaan, penguasaan bahasa itu di kalangan pelajar akan meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pengagihan topeng muka dan air mineral kepada murid Sekolah Kebangsaan ( SK) St Thomas oleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Datuk Tengku Abu Nara Tengku Ahmad di sini semalam.

Kelmarin, Pengarah Lem- baga Peperiksaa­n Datuk Nawal Salleh mengumumka­n mengenai penambahba­ikan itu yang turut melibatkan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Tamil.

Berikutan pengasinga­n gred bagi subjek Bahasa Inggeris, calon UPSR bagi SK akan mendapat enam gred berbanding lima sekarang manakala calon Sekolah Jenis Kebang- saan (SJK) Cina dan Tamil akan memperoleh lapan gred berbanding tujuh ketika ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Sabri juga berharap dengan penambahba­ikan itu Kementeria­n Pendidikan dapat memberi pendedahan awal kepada guru yang terlibat dengan peperiksaa­n berkenaan supaya mempunyai masa yang mencukupi untuk memberi pendedahan kepada calon yang terlibat.

“Kita harap guru diberi pendedahan awal iaitu sebelum sesi persekolah­an 2016 bermula supaya mereka tahu bentuk soalan yang akan diuji, berapa peratus kandungan soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang akan dimasukkan supaya tidak ada masalah berbangkit.

“Ada juga kita dengar rungutan daripada guru mengenai bentuk soalan UPSR sebelum ini yang mereka sendiri tidak boleh jawab, malah ibu bapa juga mengatakan soalan yang diuji tidak terdapat dalam silibus subjek anak mereka,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DEMI ILMU: Mohamed Sabri murid-murid dan warga pendidik bersama-sama memakai topeng ketika hadir sesi persekolah­an semalam selepas sekolah ditutup kelmarin akibat jerebu teruk.
— Gambar Bernama DEMI ILMU: Mohamed Sabri murid-murid dan warga pendidik bersama-sama memakai topeng ketika hadir sesi persekolah­an semalam selepas sekolah ditutup kelmarin akibat jerebu teruk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia