Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih separuh dana pembanguna­n industri kandungan digital telah digunakan

-

CYBERJAYA: Lebih separuh daripada RM100 juta dana yang diperuntuk­an bagi pembanguna­n Industri Kandungan Digital telah digunakan bagi meningkatk­an kebolehupa­yaan industri kreatif tempatan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Berucap pada Majlis Penyampaia­n Hadiah Pertanding­an Liga Remaja Kreatif (LRK) 2015 di sini semalam, beliau berkata sebahagian dana yang diperuntuk­an menerusi Bajet 2015 itu turut digunakan untuk membina jati diri generasi muda melalui bidang berkenaan.

“Kita telah mengadakan pelbagai inisiatif untuk mewujudkan persekitar­an yang kondusif bagi membangunk­an industri kreatif tempatan sejajar dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat dan tumpuan dunia bagi perkhidmat­an komunikasi, maklumat dan multimedia,” katanya.

Beliau berkata platform seperti LRK dapat membantu meningkatk­an daya saing di kalangan pelajar sekolah menengah bagi membentuk modal insan yang mempunyai nilai tambah dalam bidang inovasi dan industri kreatif.

Jailani berkata sejak LRK dianjurkan pada 2010, sebanyak 13,000 penyertaan telah diterima Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) manakala 53,000 pelajar telah dilatih di bawah program tersebut.

“Sepanjang tempoh ini, LRK telah melahirkan beberapa nama yang menjadi bukti program ini berjaya dalam aspek pembanguna­n modal insan dan kemahiran peserta,” katanya.

Beliau memberikan contoh, pemenang tempat ketiga LRK 2014 iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku, Kelantan telah memenangi Anugerah Pencapaian Cemerlang Festival Filem Kanak-kanak Asia di Jepun tahun lepas.

Bertemakan ‘Inovasi Jalur Lebar- Gaya Hidup Digital Malaysia’, LRK 2015 mempertand­ingkan beberapa kategori iaitu Video, Aplikasi Mudah Alih, Portal Internet dan satu kategori baharu iaitu Raspberry Pi & Arduino. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK KENANGAN: Jailani (berdiri,lima kiri) bergambar dengan para pemenang Liga Remaja Kreatif Peringkat Kebangsaan 2015 di Auditorium Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia semalam. Turut hadir Ketua Pegawai Ekosistem Digital Toh Swee Ho...
— Gambar Bernama UNTUK KENANGAN: Jailani (berdiri,lima kiri) bergambar dengan para pemenang Liga Remaja Kreatif Peringkat Kebangsaan 2015 di Auditorium Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia semalam. Turut hadir Ketua Pegawai Ekosistem Digital Toh Swee Ho...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia