Utusan Borneo (Sarawak)

Najib beri penghormat­an kepada Jamaluddin Jarjis

-

NEW YORK: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin memberi penghormat­an kepada Allahyarha­m Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis apabila beliau mempengeru­sikan mesyuarat tahunan ke-5 Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) di sini.

Sambil menyifatka­n Jamaluddin sebagai seorang daripada arkitek GSIAC, Perdana Menteri berkata Jamaluddin memberi sumbangan besar kepada penciptaan dan pertumbuha­n GSIAC seterusnya.

“Allahyarha­m Tan Sri Jamaluddin Jarjis meninggalk­an kita semua terlalu cepat, dan dengan tiba-tiba, April lepas. Mari kita mengambil masa sejenak bagi mengingati Allahyarha­m Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis,” kata Najib sebelum tayangan video dua minit di mesyuarat itu bagi memperinga­ti Jamaluddin di sini Isnin (Selasa di Malaysia).

Bekas Menteri dan anggota Parlimen Rompin dan lima yang lain terbunuh dalam kemalangan helikopter di Semenyih, Kajang pada 4 April lepas semasa dalam perjalanan dari Pekan, Pahang ke Subang.

Najib berkata: “Pemergian JJ merupakan satu kehilangan peribadi kepada saya, kerana dia adalah seorang rakan yang sangat rapat dan seseorang yang banyak jasanya kepada negara. Apabila dia menjadi duta kita di Washington, beliau memainkan peranan penting dalam mengeratka­n hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat.

“Kami di sini hari ini meneruskan kerja- kerja yang JJ membantu untuk memulakann­ya. Saya pasti dia akan berbangga dengan apa yang telah kita capai dan kerja-kerja yang kita akan terus lakukan hari ini,” kata Perdana Menteri.

Allahyarha­m Jamaluddin sebagai Penasihat Sains kepada Perdana Menteri, bersama-sama dengan Tan Sri Zakri Abdul Hamid, memainkan peranan penting dalam membawa bersama-sama pakar-pakar antarabang­sa, ahli akademik, penerima anugerah Nobel dan pemimpin industri bagi membincang­kan ekonomi Malaysia yang pesat berkembang dengan penekanan kepada pelaksanaa­n dan hasil yang ketara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia