Utusan Borneo (Sarawak)

Zahid terima kunjungan hormat Timbalan Setiausaha Agung dan para pemimpin ASEAN

-

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Timbalan Setiausaha Agung ASEAN Hirubalan Veluppilla Ponnudura, para pemimpin dan pegawai kanan sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) ke-10 dan mesyuarat berkaitan di sini semalam.

Pertemuan singkat yang berlangsun­g sebelum perasmian AMMTC itu disertai Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Myanmar Kyaw Kyaw Tun, Setiausaha Ba- hagian Keselamata­n Awam Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan Filipina Peter Irving C. Corvera, Menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Luar Kedua Singapura Masagos Zulkiflie Masagos Mohamad dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand Sutee Markboon.

Pertemuan itu turut disertai Menteri Keselamata­n Awam Vietnam Trang Dai Quang, Menteri Tenaga Brunei Pehin Datuk Dr Muhammad Yasmin Umar, Setiausaha Negara dan Kementeria­n Dalam Negeri Kemboja Em Sam An, Ketua Polis Nasional Indonesia Jeneral Badrodin Haiti dan Menteri Keselamata­n Awam Laos Brigadier Jeneral Polis Somkeo Sylavong.

Selepas pertemuan itu itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri kemudian memrasmika­n AMMTC ke-10.

Beliau dijadual mempengeru­sikan sidang pleno AMMTC dan kemudianny­a menandanta­ngani Deklarasi KL iaitu Deklarasi Kuala Lumpur Mengenai Jenayah Merentas Sempadan dan Deklarasi Kuala Lumpur Mengenai Pergerakan Orang Tidak Teratur di Asi Tenggara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia