Utusan Borneo (Sarawak)

IRDA muktamadka­n rundingan dengan 3 operator taman tema

-

JOHOR BAHARU: Lembaga Pembanguna­n Wilayah Iskandar (IRDA) menyasarka­n untuk memuktamad­kan rundingan akhir tahun ini dengan sekurang-kurangnya tiga operator taman tema untuk membuka taman masingmasi­ng di sini.

Tanpa menyatakan jumlah pelaburan, Ketua Ekseku- tifnya Datuk Ismail Ibrahim berkata projek berkenaan merupakan sebahagian daripada RM30 bilion sasaran pelaburan yang ditetapkan tahun ini.

“Kini Iskandar Malaysia sudah mencapai 48 peratus daripada sasaran yang ditetapkan untuk 2015, dan kami berada pada kedudukan yang baik untuk mencecah sasaran RM30 bilion komitmen pelaburan menjelang akhir tahun,” katanya kepada pemberita selepas perasmian forum ‘Invest Iskandar Malaysia’ anjuran IRDA di sini semalam.

Ismail berkata operator taman tema itu masing-masing dari Jepun, Amerika Utara, Eropah dan Australia.

“Negara-negara ini lazimnya dikaitkan dengan taman-taman tema bertaraf antarabang­sa. Bila bercakap mengenai taman tema, ia bukan sahaja melibatkan taman tema di luar bangunan, malah turut membabitka­n taman tema di dalam bangunan,” katanya.

Selain itu, IRDA juga sedang mengenal pasti lebih banyak operator hotel untuk membuka hotel lima dan enam bintang selain menganjurk­an lebih banyak mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran di sini, kata Ismail.

Ditanya mengenai cabaran yang diharungi Iskandar Malaysia berikutan pengukuhan dolar Singapura berbanding ringgit, beliau berkata portfo- lio pelbagai pelaburan dapat menampung impak itu.

“Walaupun kami mempunyai sembilan sektor ekonomi, kami tidak bergantung kepada satu atau dua. Secara keseluruha­nnya, walaupun mungkin terjejas akibat minyak dan gas, yang merupakan antara sektor yang kami promosikan, namun pada puratanya ada sektor lain yang akan meningkatk­an purata itu, kembali ke paras tujuh hingga lapan peratus,” katanya.

Forum sehari itu berlangsun­g di Persada Johor Internatio­nal Convention Centre itu dihadiri 500 peserta tempatan dan luar negara, termasuk syarikat pelaburan tempatan dan agensi kerajaan yang berkaitan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia