Utusan Borneo (Sarawak)

Segmen pembinaan Ireka kekal penyumbang pendapatan utama

-

KUALA LUMPUR: Segmen pembinaan Ireka Corp Bhd, yang menyumbang 90 peratus daripada pendapatan­nya dijangka kekal sebagai penyumbang utama bagi tempoh dua tahun akan datang.

Pengarah Urusan Kumpulan, Lai Voon Hon, berkata nilai perolehan kontrak pembinaan syarikat kukuh dan berjumlah RM1.4 bilion dengan RM760 juta masih tertunggak.

Beliau berkata nilai tender pembinaan dalam tempoh 12 bulan lepas bernilai kira-kira RM500 juta hingga RM600 juta.

“Kami lebih memilih dan menyasar projek lebih menguntung­kan dengan margin tinggi,” kata Lai kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat di sini, semalam.

Mengenai perniagaan har- tanah, Lai berkata, syarikat itu akan lebih berhati-hati memilih masa yang sesuai untuk melancarka­n projek baharu kerana segmen tersebut berdepan dengan cabaran disebabkan oleh keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Bagaimanap­un, Ireka akan meneruskan projek pembanguna­n rumah berhalaman­nya di Nilai dan pejabat perindustr­ian pelbagai fungsi serta pembanguna­n rumah gudang di Kajang susulan sambutan yang menggalakk­an, katanya.

Pada masa hadapan, beliau berkata sumbangan pendapatan daripada perniagaan hartanah dijangka meningkat kepada nisbah 50:50 berbanding sektor pembinaan menjelang 2017, memanfaatk­an nilai pembanguna­n kasar simpanan tanahnya yang bernilai RM2 bilion.

Mengenai pelaburan hartanahny­a di Vietnam menerusi 23 peratus pegangan dalam syarikat bersekutu, Aseana Properties Ltd (ASPL), Lai berkata, pelaburan berjalan lancar.

Beliau berharap Ireka akan mula dapat meraih hasil pelaburann­ya dalam ASPL dalam tahun kewangan semasa yang berakhir pada 31 Mac, 2016.

Sementara itu, beliau berkata, Aseana, syarikat tersenarai di London, sedang melaksanak­an fasa pelupusan bagi tempoh tiga tahun akan datang.

Aseana baru-baru ini mengumumka­n penjualan 55 peratus pegangan dalam pembanguna­n usaha sama Waterside Estate di Ho Chi Minh City, dan dijangka menjana AS$9.3 juta (AS$1=RM4.46). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia