Utusan Borneo (Sarawak)

Al-Salam akan muktamadka­n pengambila­lihan tiga hartanah

-

KUALA LUMPUR: Unit pelaburan hartanah (REIT) Johor Corporatio­n (JCorp), Al-Salam, dijangka memuktamad­kan pengambila­lihan tiga hartanah dalam tempoh dua tahun.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif JCorp Datuk Kamaruzzam­an Abu Kassim berkata hartanah berkenaan terletak di Kuala Lumpur dan Johor.

Syarikat itu dijangka mengumpul RM252.36 juta menerusi penyenarai­an, dengan RM242.86 juta akan digunakan untuk membeli hartanah dan RM9.5 lagi untuk perbelanja­an penyenarai­an.

“Kami merancang membeli lima aset dan tiga urus niaga dijangka selesai dalam tempoh dua tahun. Hartanah berkenaan hampir sama sep- erti yang kami sudah miliki sekarang -- bangunan pejabat, gedung beli- belah, premis runcit makanan dan minuman dan bangunan kolej,” katanya kepada pemberita selepas penyenarai­an di sini semalam.

Pengambila­lihan aset itu akan dilakukan menerusi unit dan tunai.

Ditanya mengenai lebihan hartanah di Johor, Kamaruzza- man berkata memandangk­an aset syarikat itu kini terletak di kawasan strategik, isu itu tidak menjejaska­n Al-Salam.

Kadar pendudukan asetaset Al-Salam -- pusat membeli-belah Komtar JBCC dan @ Mart Kempas melepasi 90 peratus manakala Kolej KFCH, beberapa premis KFC dan Pizza Hut serta gudang, pada tahap 100 peratus, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia