Utusan Borneo (Sarawak)

Jetro sasar jualan RM7.48 juta di FHM 2015

-

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Perdaganga­n Luar Jepun (Jetro) yakin dapat mencapai sasaran jualan sebanyak 200 juta yen (kira-kira RM7.48 juta) pada Pameran Makanan dan Perhotelan Malaysia (FHM 2015) selama empat hari yang bermula semalam.

Pengarah Urusan Jetro, Akira Kajita berkata ini kali kedua penglibata­n pertubuhan itu dalam pameran yang kali ini terbukti menerima lebih banyak penyertaan syarikat Jepun.

“Sejumlah 35 syarikat Jepun berkaitan makanan menyertai acara kali ini dan ia adalah pavilion terbesar pernah dianjurkan Jetro di Malaysia,” katanya kepada Bernama pada pameran di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini.

Menurut Kajita, penyertaan sebelum ini lebih bersifat percubaan dengan pembabitan kurang 20 syarikat dan pihaknya juga tidak menetapkan sebarang sasaran jualan ketika itu.

Jetro memutuskan untuk menyertai acara itu tahun ini berikutan sambutan orang ramai serta reaksi positif para peserta pada pameran sebelum ini.

“Tahun ini, kami telah mempelawa kira- kira 50 pengimport Malaysia untuk turut hadir bagi meninjau peluang menjalinka­n usaha sama perniagaan,” katanya.

Mengulas mengenai Jetro, Kajita berkata matlamat utama pertubuhan itu adalah untuk menyokong syarikat kecil dan sederhana Jepun yang juga pengeluar makanan bagi mengembang­kan perniagaan mereka dengan Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia