Utusan Borneo (Sarawak)

Keuntungan sebelum cukai suku kedua George Kent naik 53.7%

-

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai George Kent (Malaysia) Bhd meningkat 53.7 peratus kepada RM13.03 juta dalam suku kedua yang berakhir pada 31 Julai, 2015, berbanding RM8.48 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat itu berkata hasilnya meningkat 52.8 peratus kepada RM114.66 juta daripada RM75.04 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya susulan peningkata­n sumbangan daripada bahagian kejurutera­an dan permeteran kumpulan.

Keuntungan sebelum cukai kumpulan juga meningkat 52.5 peratus bagi prestasi setengah tahunnya kepada RM26.20 juta daripada RM17.19 juta, manakala hasil naik 24.1 peratus kepada RM173.69 juta daripada RM139.90 juta.

Kumpulan juga mengisytih­arkan dividen interim satu peringkat 2.0 sen sesaham, berjumlah RM6.008 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Jan, 2016.

“Dividen ini akan dibayar pada 12 Nov, 2015, kepada pemegang saham yang namanya tersenarai dalam Rekod Pendeposit pada 16 Okt, 2016,” kata syarikat itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia