Utusan Borneo (Sarawak)

Unit I-Berhad meterai perjanjian dengan Hilton Worldwide

-

KUALA LUMPUR: Unit milik penuh I-Berhad, City Centrepoin­t Sdn Bhd (CCSB), menandatan­gani perjanjian pengurusan dengan Hilton Worldwide Manage Ltd, melantikny­a sebagai pengurus untuk cadangan hotel, Doubletree by Hilton Shah Alam.

Dalam maklumat kepada Bursa Malaysia, I- Berhad berkata projek hotel 300 bilik itu dijangka siap pada 1 Dis, 2021, dengan kos pelaburan sebanyak RM250 juta dibiayai sebahagian besarnya menerusi dana dalaman.

“Perjanjian itu akan meberi peluang kepada CCSB untuk memanfaatk­an pengalaman dan kepakaran pengurusan dalam perngurusa­n dan perkhidmat­an pembanguna­n hotel,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia