Utusan Borneo (Sarawak)

Samalaju Resort Hotel elegan dan eksklusif

Memenuhi keperluan kakitangan di kawasan perindustr­ian dengan harga berpatutan

- Oleh Ambrose Rirang

BINTULU: Pembukaan Samalaju Resort Hotel di Taman Perindustr­ian Samalaju (SIP) dijangka dapat memenuhi keperluan terhadap kemudahan penginapan bagi mana-mana pegawai atau kakitangan yang bekerja di kawasan perindustr­ian berkenaan pada satu-satu masa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Samalaju Industries Sdn Bhd Dato Isaac Lugun, dengan adanya resort berkenaan akan memberikan kemudahan bagi mana-mana pekerja atau orang awam yang ingin mengecapi keindahan pemandanga­n serta corak penginapan yang elegan dan eksklusif dengan kadar harga yang berpatutan.

“Dengan mengambil masa kira-kira satu jam perjalanan dari pusat bandar Bintulu, resort yang moden serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan ini amat sesuai bagi seisi keluarga yang ingin lari daripada kesibukan kota terutama menjelang hujung minggu atau cuti umum,’’ jelasya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bagi sesi pengenalan resort berkenaan yang diadakan di bilik persidanga­n di sini, pagi semalam.

Jelasnya, dengan dibina di atas tanah seluas 23 ekar dan menghadap Laut China Selatan, ia sememangny­a lokasi yang strategik bagi mana- mana pengunjung yang gemarkan pemandanga­n indah di tepi lautan terutama menjelang pagi dan senja.

“Pada masa sama, lokasinya yang terletak bersebelah­an dengan Taman Negara Similajau menjadikan­nya sebuah lokasi yang kaya dengan keindahan flora dan fauna serta kekayaan khazanah alam lainnya yang amat menarik,’’ jelas beliau.

Katanya, dengan memiliki 148 bilik dan suite serta sembilan buah chalet yang setiap satunya mempunyai tiga bilik, para pengunjung yang datang untuk menginap di resort berkenaan dapat menikmati harga promosi serendah RM250 hingga RM400 satu malam yang disertai dengan sarapan pagi.

“Bagi kadar harga biasa pula, para pengunjung boleh menikmati kadar harga pelbagai kategori bilik dari harga RM400 hingga RM700 satu malam,’’ tambah beliau.

Sementara itu katanya, para pengunjung yang bertandang ke situ boleh menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan resort termasukla­h pendingin hawa bagi setiap bilik, satu unit televisyen 32 inci, sistem telefon IDD, bar mini, peralatan penyediaan teh dan kopi, ruang tamu dan juga dapur.

Di samping itu ujarnya, para pengunjung boleh menikmati kemudahan kolam renang, dewan acara, bilik mesyuarat, lounge dan juga pusat perniagaan yang memudahkan para pengunjung menikmati kemudahan Internet.

Bagi orang ramai yang ingin menempah bilik hotel atau mengajukan pertanyaan boleh menghubung­i talian resort berkenaan di talian amnya 086-291 999, faks (086-291 888) atau e-mel ke enquiries@ samalajure­sorthotel.com.

 ??  ?? PERKHIDMAT­AN TERBAIK: Isaac (tengah) bercakap kepada pemberita dalam pada media di Bintulu, semalam.
PERKHIDMAT­AN TERBAIK: Isaac (tengah) bercakap kepada pemberita dalam pada media di Bintulu, semalam.
 ??  ?? ELEGAN: Salah sebuah bilik penginapan yang terdapat di Samalaju Resort Hotel.
ELEGAN: Salah sebuah bilik penginapan yang terdapat di Samalaju Resort Hotel.
 ??  ?? INDAH: Salah satu blok bangunan penginapan yang terdapat Samalaju Resort Hotel.
INDAH: Salah satu blok bangunan penginapan yang terdapat Samalaju Resort Hotel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia