Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia dalam kedudukan baik realisasi negara berpendapa­tan tinggi menjelang 2020

-

NEW YORK: Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk merealisas­ikan matlamat menjadi negara berpendapa­tan tinggi menjelang 2020 meskipun berhadapan situasi ekonomi dunia semasa yang tidak menentu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin (Selasa di Malaysia)

Namun, Perdana Menteri berkata negara mesti sentiasa bersedia untuk menghadapi perubahan serta kejutan luaran yang di luar kawalan.

Bercakap pada Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Dunia (GSIAC) kelima di sebuah hotel di Manhattan di sini, Najib menegaskan bahawa asas ekonomi negara kukuh, dan ada petunjuk bahawa ekonomi negara berada pada jajaran yang tepat.

Beliau berkata tidak seperti krisis ekonomi Asia pada 1998 yang menyaksika­n ekonomi menyuncup dengan negatif tujuh peratus, ekonomi dijangkaka­n berkembang pada kadar lima peratus.

Najib berkata berdasarka­n pengalaman daripada krisis 1998, kerajaan berjaya mengurangk­an defisit fiskal daripada negatif 6.7 peratus pada 2009 kepada 3.2 peratus tahun ini.

“Oleh itu, sistem per- bankan dan kewangan terus memiliki modal yang kukuh dan kecairan yang tinggi. Kadar pinjaman tidak berbayar dan inflasi, rendah dan boleh diurus,” katanya.

Beliau turut memetik kejayaan dasar negara, khususnya Dasar Transforma­si Negara yang mendorong kepada penurunan kadar kemiskinan kepada hanya 0.6 peratus pada 2014.

Najib berkata kira-kira 1.8 juta pekerjaan diwujudkan sejak pelancaran Program Transforma­si Ekonomi pada 2010.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri berkata penarafan dan laporan oleh agensi kewangan antarabang­sa seperti Fitch Ratings, Moody’s, Standard & Poor’s menggambar­kan kedudukan sebenar pengurusan ekonomi semasa Malaysia.

Malaysia juga diletakkan pada ranking ke-12 daripada 60 negara dalam Buku Tahunan Daya Saing Dunia 2014.

“Kebajikan negara dan rakyat sentiasa menjadi keutamaan,” kata Perdana Menteri yang menambah bahawa keseimbang­an perlu diwujudkan antara ekonomi modal dan ekonomi rakyat.

Beliau berkata ekonomi modal merujuk kepada pengurusan ekonomi dan dasar dari perspektif makro, ekonomi rakyat bertumpu kepada isu-isu yang menjejaska­n kehidupan harian penduduk seperti kos hidup, pendapatan isi rumah, pekerjaan dan perniagaan selain keselamata­n dan keamanan.

“Kita sudah berjaya merealisas­ikan kesemua ini kerana kita tidak pernah gagal menilai prestasi secara terbuka dan telus, dan membuat perubahan yang diperlukan,” kata Najib.

GSIAC diilhamkan oleh Najib pada 2011 sebagai sebahagian daripada usahanya untuk mentransfo­rmasikan Malaysia daripada negara berpendapa­tan sederhana kepada ekonomi berpendapa­tan tinggi menjelang 2020.

Mesyuarat itu antara lain dihadiri Penasihat Sains kepada Perdana Menteri Tan Sri Zakri Abdul Hamid, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Sains New York, TC Westcott, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Sri Abdul Wahid Omar dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Khalid Nordin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Najib (duduk tengah), diapit oleh Zakri (dua kanan) dan Westcott (dua kiri) semasa sesi fotografi kumpulan sebelum bermulanya Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Dunia (GSIAC) kelima di New York kelmarin. Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi Datuk Idris Jusoh (kiri).
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Najib (duduk tengah), diapit oleh Zakri (dua kanan) dan Westcott (dua kiri) semasa sesi fotografi kumpulan sebelum bermulanya Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Dunia (GSIAC) kelima di New York kelmarin. Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi Datuk Idris Jusoh (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia