Utusan Borneo (Sarawak)

MRCB-George Kent penuhi kriteria ketat: Prasarana

-

KUALA LUMPUR: MRCBGeorge Kent Joint Venture yang dipilih daripada kalangan tujuh penender yang membida projek Aliran Transit Ringan 3 (LRT3) memenuhi penilaian ketat yang ditetapkan oleh Prasarana Malaysia Bhd.

MRCB-George Kent Joint Venture dipilih daripada kalangan penender itu dalam satu tender tertutup antara 9 April dan 9 Jun, 2015.

Tujuh penender itu, yang disenarai pendek daripada 11 pembida yang menyertai tender prakelayak­an pada November 2014, ialah IJM Corp Bhd, MMC Corp-Gamuda Joint Venture, Naza TTDICSR Zuzhou Locomotive Joint Venture, Sunway Constructi­on Bhd, UEM Group Bhd, WCT-Alloy MTD Joint Venture dan MRCB-George Kent Joint Venture.

Ketua Pegawai Eksekutif anak syarikat Prasarana, Prasarana Rail and Infrastruc­ture Projects Sdn Bhd Datuk Zohari Sulaiman berkata tidak semua daripada tujuh penender itu memenuhi penilaian ketat yang ditetapkan.

“Rakan Kongsi Penyediaan Projek (PDP) dipilih selepas beberapa penilaian ketat pada pelbagai tahap, termasuk Menteri Kewangan Diperbadan­kan, yang menjadi pemegang saham terbesar Prasarana.

“Ingin dinyatakan bahawa tidak semua tujuh penender itu, termasuk yang memiliki pengalaman bertahun-tahun, memenuhi penilaian ketat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Zohari berkata di bawah keperluan teknikal, penender dinilai berdasarka­n kepada reka bentuk konsep bagi stesen, pusat kawalan operasi, depot, dan kerja sistem, selain menyediaka­n rangka kerja penilaian analisis kos kitaran hayat.

“Ini membolehka­n penender mempamerka­n kefahaman mereka dalam membangunk­an dan menilai cadangan reka bentuk dengan pertimbang­an kos kitaran hayat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia