Utusan Borneo (Sarawak)

Sidang kemuncak Melbourne bincang peluang pekerjaan

-

MELBOURNE: Sejumlah 250 penuntut dijangka menghadiri Sidang Kemuncak Aspirasi Malaysia di sini pada Ahad depan (4 Okt) bagi membincang­kan ‘ memanfaatk­an bakat Malaysia’.

Ketua Eksekutif Program Aspirasi Malaysia (MAP) dan Pengarah Projek persidanga­n itu, Daniel Tan, berkata sejak kebelakang­an ini, terdapat pelbagai inisiatif untuk mengekalka­n dan membawa pulang bakat ke Malaysia.

“Namun sejauh mana kita memanfaatk­an bakat tersebut? Adakah mereka ditempatka­n pada kedudukan yang tepat dan berupaya mempengaru­hi dan meningkatk­an cara bekerja?

“Atau adakah mereka diletakkan di tempat yang tidak boleh menyumbang kepada ekonomi dan negara?

“Ini adalah antara persoalan yang akan kami bincangkan pada sidang kemuncak ini,” katanya kepada Bernama.

MAP ialah cabang intelektua­l Majlis Pelajar Malaysia Australia (MASCA) cawangan Victoria.

Setiap tahun MAP menganjurk­an persidanga­n dengan tokoh dalam pelbagai bidang dari Malaysia membincang­kan topik khusus dengan penuntut di Melbourne.

Sidang kemuncak itu yang akan berlangsun­g di Building 80, RMIT University, terbuka kepada orang ramai. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia