Utusan Borneo (Sarawak)

Itali menyelamat­kan lebih 1,000 pendatang

-

ROM: Pasukan pengawal pantai Itali berkata ia telah menyelaras usaha menyelamat 1,151 pendatang kelmarin dalam 11 operasi berasingan di perairan pantai Libya.

Dalam operasi terbesar, sebuah kapal pengawal pantai mengutip 441 orang dari empat bot getah, ia menyebut dalam satu kenyataan.

Dalam perkembang­an lain, badan kebajikan Medecins Sans Frontieres ( MSF, Doktor Tanpa Sempadan) berkata kapalnya Dignity 1 telah menyelamat­kan 373 orang, termasuk 62 wanita dan 10 kanak-kanak.

“Ramai yang mengalami kejutan,” kata MSF dalam Twitter, menunjukka­n gambar seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang menangis dalam tangan seorang penyelamat.

Mangsa terselamat dipindahka­n ke Itali, kata seorang jurucakap MSF yang enggan dikenali.

Pada 19 September lalu, lebih 4,500 pendatang yang cuba menyeberan­gi Laut Mediterran­ean dari Libya diselamatk­an dalam operasi bersama oleh kapal- kapal Eropah.

Sebuah kapal MSF menjalanka­n 800 kerja menyelamat pada hari itu.

Selama bertahun- tahun Libya menjadi batu loncatan bagi pendatang yang mahu pergi ke Eropah.

Penyeludup manusia telah mengambil kesempatan ke atas konflik dan kemelut politik di Libya sejak revolusi di sana pada 2011 untuk memperting­katkan lagi perniagaan mereka yang lumayan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TEMPUR: Anggota keselamata­n Afghanista­n tiba di tengah Kunduz, semalam dalam usaha merampas semula bandar tersebut daripada Taliban.
— Gambar AFP TEMPUR: Anggota keselamata­n Afghanista­n tiba di tengah Kunduz, semalam dalam usaha merampas semula bandar tersebut daripada Taliban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia