Utusan Borneo (Sarawak)

Bangui lumpuh akibat keganasan dan penjarahan

-

BANGUI: Ketegangan dan ketakutan kelmarin menyelubun­gi Bangui, ibu negara Republik Afrika Tengah, dan lebuh utama di bandar raya tersebut ditutup dengan perintang ekoran siri keganasan, penjarahan dan kematian tiga penunjuk perasaan.

Seorang saksi dan sumber hospital, yang enggan dikenali, berkata keganasan meletus selepas anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melepaskan tembakan ketika beberapa ratus penunjuk perasaan berarak ke pejabat presiden.

Pasukan pengaman PBB MINUSCA menafikan laporan itu tetapi berkata ia akan cuba mengesahka­n tuduhan tersebut.

Penunjuk perasaan m e n u n t u t p e l e t a k a n pemimpin sementara Catherine Samba Panza ekoran kematian sekurangku­rangnya 20 orang di Bangui pada hujung minggu lepas.

Diplomat barat berkata, Samba Panza meninggalk­an satu mesyuarat pada Perhimpuna­n Agung PBB kelmarin disebabkan oleh masalah yang sedang berlaku di tanah air.

Tiga orang dibunuh dan tujuh dicederaka­n oleh anggota pengaman PBB, kata sumber hospital sambil menambah, seorang remaja turut maut akibat terkena peluru sesat apabila kejadian tembakan berlaku di tempat lain di bandar raya berkenaan selepas tunjuk perasaan dileraikan.

“Pegawai pengaman MINUSCAmen­afikanlapo­ran bahawa mereka melepaskan tembakan ke atas orang ramai,” misi itu menyebut dalam satu kenyataan yang dihantar kepada AFP.

“S e h u b u n g a n i t u M I N U S C A t e t a p b i m b a n g m e n g e n a i dakwaan sedemikian dan seterusnya akan berusaha untuk mengesahka­nnya,” tambahnya.

Dengan perintang yang didirikan di seluruh bandar raya kelmarin, anggota pengaman Perancis dan PBB berjaga-jaga di lokasi penting ekoran rusuhan pada hujung minggu lepas yang dicetuskan oleh pembunuhan seorang pemandu teksi motosikal oleh pihak yang tidak diketahui.

Beberapa kenderaan bergerak di jalan-jalan dan kebanyakan kedai masih ditutup sepanjang hari ekoran kebimbanga­n mengenai keganasan Muslim-Kristian yang semakin buruk di negara itu.

“A n g g o t a t e n t e r a , kementeria­n pertahanan dan radio kerajaan semua diserang pada waktu malam oleh individu bersenjata,” kata sumber tentera Afrika Tengah yang enggan dikenali.

“S e r a n g a n b e r j a y a ditangkis, menyebabka­n beberapa kematian kalangan penyerang,” tambah sumber itu tetapi tidak memberi maklumat lanjut.

Keganasan terbaharu di Bangui meletus Sabtu lepas ekoran dakwaan bahawa seorang pemandu teksi motosikal dibunuh di kawasan kejiranan majoriti Islam PK-5 di tengah Bangui.

Lebih 20 orang maut dan kira- kira 100 cedera apabila keganasan menular ke daerah lain, kata sumber perubatan, dan pada Ahad lepas penunjuk perasaan mendirikan perintang di beberapa tempat di bandar raya itu.

Kawasan kejiranan PK-5 menjadi pusat pembunuhan luar biasa di antara orang Kristian dengan orang Islam di Bangui pada hujung 2013 dan awal tahun lepas. ia terus menjadi kubu kuat terakhir bagi orang Islam yang diburu dari daerah lain oleh militia ‘antibalaka’ Kristian.

Pergolakan d negara yang mundur dan resah itu mendorong Perdana Menteri Mahamat Kamoun untuk menguatkua­sakan perintah berkurung di ibu negara, sekali gus melumpuhka­n sistem pengangkut­an dan menjejaska­n perhubunga­n.

Lebih malang lagi, pada petang kelmarin, banduan di penjara Ngaragba, kebanyakan­nya pejuang antibalaka, melarikan diri, kata tentera. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia