Utusan Borneo (Sarawak)

Dakwa diperangka­p, lelaki dihukum mati

-

LAHORE: Pakistan semalam menggantun­g seorang lelaki yang memberitah­u dia berusia 15 tahun ketika dia ditangkap bagi satu pembunuhan yang dia tidak lakukan dalam kes terbaharu yang menarik perhatian kepada sistem keadilan Pakistan yang tidak menentu.

Ansar Iqbal berkata, dia dan seorang rakan ditangkap 16 tahun yang lalu ekoran pembunuhan seorang jiran.

Keluarga mangsa berkata, Iqbal membunuh jiran itu ketika mereka bertikam lidah mengenai satu perlawanan kriket tetapi Iqbal berkata, polis memerangka­pnya dengan menyimpan dua pucuk pistol di rumahnya.

Iqbaldigan­tungpadase­belah pagi di bandar Sargodha, tengah Pakistan, dan jenazahnya sudah diserahkan kepada keluargany­a, kata pihak berkuasa.

Undang-undang Pakistan t i dak membenarka­n pelaksanaa­n hukuman mati ke atas seseorang yang ditangkap ketika juvana.

Mahkamahti­dakmenyema­k sijil kelahiran dan rekod sekolah Iqbal yang masingmasi­ng menyebut usianya 14 dan 15 tahun, kerana menurut mahkamah, dokumenter­sebut dikemukaka­n terlalu lewat.

“Semua bukti dokumentar­i yang diberikan kepada m a h k a m a h s e m a s a perbicaraa­n atau rayuannya menunjukka­n dia adalah seorang kanak-kanak pada waktu kesalahan yang didakwa.

“B a g a i m a n a p u n mahkamagh memilih untuk mempercaya­i anggaran pegawai polis bahawa dia dalam lingkungan usia 20-an,” menurut kenyataan kumpulan bantuan guaman British Reprieve. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia