Utusan Borneo (Sarawak)

Dua anggota polis Turki terbunuh

-

ISTANBUL: Dua polis Turki maut di bandar selatan Adana kelmarin dalam satu serangan oleh pemberonta­k Kurdish, satu laporan media menyebut sambil memetik pegawai tempatan.

P e n y e r a n g y a n g menunggang motosikal melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta polis di luar sebuah hospital dan kemudian melarikan diri, kata agensi media Dogan.

Seorang maut serta-merta dan mangsa kedua meninggal dunia selepas pembedahan kecemasan, katanya yang memetik gabenor tempatan, Mustafa Buyuk.

“Petunjuk awal mendapati ia adalah serangan oleh organisasi pengganas berkenaan,” kata Buyuk yang merujuk kepada Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

K e r a j a a n T u r k i melancarka­n kempen besarbesar­an untuk membantera­s PKK pada hujung Julai lalu, bertujuan untuk mengusirny­a keluar dari kubu kuat di tenggara Turki dan utara Iraq.

Kumpulan tersebut membalas dengan kuat, menyebabka­n puluhan anggota polis dan tentera maut dalam serangan tembakan dan bom yang dilancarka­n hampir setiap hari.

Hampir 150 anggota tentera dan polis sudah maut dalam serangan sejak Julai lalu yang dikaitkan dengan PKK berbanding lebih 1,300 pemberonta­k, menurut media prokerajaa­n. Parti Demokrasi Rakyat (HDP) yang pro-Kurdish berkata puluhan orang awam sudah maut dalam operasi tentera dan polis.

Keganasan itu menamatkan gencatan senjata dua tahun yang memberi harapan bagi menamatkan pemberonta­kan PKK selama tiga dekad, di mana lebih 40,000 orang terkorban. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia