Utusan Borneo (Sarawak)

Dibadai Dujuan, Taiwan terjejas teruk

Tiga maut dan lebih 300 cedera akibat kemaraan ‘taufan super’, kini melanda China

-

TAIPEI: Taufan Super Dujuan mengorbank­an tiga orang dan mencederak­an lebih 300 lagi di Taiwan, kata pihak berkuasa semalam selepas ia membadai pulau itu sebelum ia tiba di daratan timur China.

Hampir setengah juta orang masih tidak ada bekalan elektrik di Taiwan selepas taufan itu menyebabka­n kemusnahan di utara pulau tersebut.

Ia melanda bandar pantai China, Putian, pada pagi semalam, kata agensi berita kerajaan Xinhua, tetapi tiada laporan segera diterima mengenai kerosakan.

Ramai daripada mereka yang cedera di Taiwan terkena serpihan atau terlibat dalam nahas trafik, kata Pusat Operasi Kecemasan, yang mengesahka­n tiga kematian dan mangsa cedera seramai 324 orang.

Seorang lelaki berusia 54 tahun mati setelah diterbangk­an angin di sebuah tapak pembinaan, seorang lelaki berusia 70 tahun maut kerana terjatuh dan seorang wanita berusia 41 tahun terbunuh dalam nahas kereta.

Anginkenca­ng menumbangk­an pokok dan memecah tingkap manakala hujan lebat mencetuska­n beberapa kejadian tanah runtuh.

Lebih 12,000 orang sudah dipindahka­n dan hampir 3,000 tinggal di pusat perlindung­an sementara, kata pihak berkuasa.

Masyarakat peribumi yang tinggal di pergununga­n Taiwan khususnya berisiko ketika taufan berlaku, selalunya terjejas akibat banjir dan tanah runtuh.

Tanah runtuh menyekat jalan ke bandar mata air panas di Wulai, di kawasan gunung tidak jauh di luar ibu kota Taipei.

Ia merupakan kejadian terbaharu yang menimpa Wulai yang rosak teruk akibat banjir dan tanah runtuh pada Ogos lalu ketika Taufan Soudelor melanda, malah beberapa penduduk tidak dapat pulang selama berminggu-minggu.

Banyak kedai dan hotel masih dibina semula ketika taufan terbaharu melanda.

“Jalan tersekat tetapi penduduk tidak menghadapi sebarang bahaya segera,” kata jurucakap Jabatan Bomba New Taipei City.

Dujuan dikategori­kan sebagai taufan super oleh badan kaji cuaca serantau, dan mengejutka­n penduduk ketika ia melanda sebelum ia tiba di daratan lewat kelmarin di daerah timur Yilan.

Ia diturun taraf kepada taufan sederhana oleh Biro Cuaca Pusat Taiwan ketika ia merentasi pulau tersebut.

“Taufan dijangka berkuranga­n dan radiusnya terus mengecut,” kata biro cuaca.

Sekolah, pejabat dan pasaran saham ditutup semalam.

Pada kemuncak taufan, dua juta rumah terputus bekalan elektrik, malah setakat pagi semalam, 498,458 rumah masih belum ada elektrik.

Ombak tinggi membdai tingkap sebuah hotel tepi laut di timur Yilan manakala ribut kencang turut menyebabka­n kerosakan di bangunan pencabar langit 101 yang popular di Taipei.

Di Hsinchu City, sebuah kren terjatuh dari 20 tingkat ke atas kereta di bawah tetapi tidak ada orang yang cedera, kata laporan tempatan.

Pusat Meteorolog­i China mengeluark­an amaran merah pad petang kelmarin, Xinhua melaporkan, dan menambah 260,000 orang sudah dipindahka­n di wilayah timur Zhejiang.

Puluhan ribu bot disuruh pulang ke pantai di Zhejiang dan wilayah jiran Fujian, manakala semua penerbanga­n di tiga lapangan terbang di Fujian dibatalkan semalam, kata media kerajaan.

Taufan Soudelor menyebabka­n sekurang-kurangnya lapan kematian di Taiwan pada bulan lepas sebelum menyebabka­n kematian 21 orang di China. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MENGERIKAN: Gambar serahan Kerajaan New Taipei City semalam menunjukka­n pekarangan hotel mata air panas yang tersekat oleh banjir lumpur di daerah luar bandar Wulai.
— Gambar AFP MENGERIKAN: Gambar serahan Kerajaan New Taipei City semalam menunjukka­n pekarangan hotel mata air panas yang tersekat oleh banjir lumpur di daerah luar bandar Wulai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia