Utusan Borneo (Sarawak)

Putin, Obama berbalah mengenai peranan Assad

-

PERTUBUHAN BANGSABANG­SA BERSATU (PBB): Presiden Rusia Vladimir Putin dan rakan sejawatann­ya di Amerika Syarikat (AS) Barack Obama bertemu kelmarin untuk membincang­kan krisis di Syria tetapi berbalah tegar mengenai peranan masa depan Bashar al-Assad.

Berbalas ucapan pada Perhimpuna­n Agung PBB, Obama melabel pemimpin Syria itu sebagai pemerintah zalim yang membunuh kanak- kanak, manakala Putin pula berkata dunia sepatutnya menyokong Assad untuk menentang kumpulan pelampau Islamic State (IS).

Pemimpin Rusia itu menggesa negara- negara anggota agar bersatu menentang IS dan memberi amaran beliau merancang untuk meningkatk­an lagi bantuan kepada tentera Assad dan tidak menolak serangan udara.

Presiden AS dan Presiden Rusia itu kemudian minum bersama dan berjabat tangan pada majlis makan tengah hari bersama Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon selepas menyampaik­an ucapan masing-masing.

Putin dan Obama bertemu selama 90 minit untuk mengadakan rundingan yang digambarka­n Putin sebagai membina dan serius, manakala seorang pegawai kanan AS menganggap­nya sebagai perbincang­an serius.

Putin kelihatan gembira kerana Obama bersetuju untuk memberikan peranan kepada Rusia dalam perdebatan itu dan berkata: “Menurut pandangan saya, kita ada asas untuk sama-sama menyelesai­kan masalah yang dihadapi.”

Kedua- dua pemimpin bersetuju proses peralihan politik harus dijalankan di Syria tetapi, tambah pegawai AS itu, mereka asasnya tidak bersetuju mengenai peranan Assad.

Dalam ucapan pertamanya kepada badan dunia berkenaan dalam tempoh sedekad, Putin memberi amaran satu kesilapan yang besar untuk tidak bekerjasam­a dengan kumpulan Syria yang bersemuka dengan pengganas.

Beliau mencadangk­an satu ketetapan Majlis Keselamata­n mengenai perikatan merangkumi Assad dan Iran.

Ob a m a be r k a t a , Washington bersedia untuk bekerjasam­a dengan Rusia malah Iran untuk menentang IS tetapi memberi amaran ini bukan bermakna me n g e k a l k a n As s a d sebagai pemegang kuasa di Damsyik.

Daripada menjadi benteng menentang fahaman ekstrim pejuang jihad, kata Obama, Assad mendorong warga Syria untuk menyertai kumpulan sedemikian dengan tindakan seperti menggugurk­an bom tong untuk membunuh ramai kanak- kanak yang tidak berdosa.

Pemimpin Rusia enggan kalah dan menyalahka­n campur tangan tentera AS di Iraq dan Libya bagi penularan fahaman pelampau kerana mencetuska­n huru-hara di Timur Tengah.

Sementara itu, sekurangku­rangnya 23 orang awam, termasuk lapan kanak-kanak, maut dalam serangan udara rejim ke atas sebuah pasar di sebuah bandar raya yang dikuasai pemberonta­k di timur Syria kelmarin, kata kumpulan pemantau.

“Pesawat tentera rejim melepaskan sekurangku­rangnya dua peluru berpandu di sebuah ‘souk’ di Mayadeen, membunuh 23 orang awam termasuk lapan kanak- kanak dan lima wanita,” kata ketua Observator­i Hak Asasi Manusia Syria Rami Abdel Rahman.

Beliau berkata, 50 lagi cedera dalam serangan di Mayadeen, di wilayah Deir Ezzor yang kaya hasil dengan minyak. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? JIWA SUCI: Kanak-kanak Syria yang kehilangan salah seorang atau kedua-dua ibu bapa mereka dalam konflik di Syria, menonton pementasan anak patung semasa parti anjuran NGO tempatan Persatuan Duma untuk mereka di daerah pemberonta­k Duma timur Damsyik,...
— Gambar AFP JIWA SUCI: Kanak-kanak Syria yang kehilangan salah seorang atau kedua-dua ibu bapa mereka dalam konflik di Syria, menonton pementasan anak patung semasa parti anjuran NGO tempatan Persatuan Duma untuk mereka di daerah pemberonta­k Duma timur Damsyik,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia