Utusan Borneo (Sarawak)

Keluarga lelaki Iran tuntut pembelaan

-

LOS ANGELES: Keluarga seorang lelaki Iran yang ditikam sehingga mati oleh seorang aktivis ketuanan kulit putih di California mahu pegawai tempatan mengklasif­ikasikan kematian anak mereka sebagai jenayah kebencian.

Kumpulan West Coast Trial Lawyers, peguam yang mengendali­kan kes itu, mengeluark­an satu kenyataan kelmarin bahawa keluarga Shayan Mazroei mahu kes pembunuhan anak mereka dibuka semula agar ia dapat diklasifik­asikan semula.

Mazroei, 22, ditikam sehingga mati di luar sebuah pub Irish di bandar Laguna Niguel, selatan California pada 7 September.

Lima hari kemudian ejen jabatan syerif menangkap suspek, Craig Tanber.

Peguam berkenaan berkata Tanber meninggalk­an lokasi jenayah dengan bantuan teman wanitanya Elizabeth Ann Thornberg.

“Tanber diketahui sebagai seorang anggota samseng, aktivis ketuanan kulit putih, dan pembunuh yang disabit kesalahan, yang dibebaskan dengan parol dari penjara hanya beberapa bulan lalu,” kata kumpulan peguam terbabit.

Bagaimanap­un Thornberg masih bebas walaupun saksi berkata dia melemparka­n hinaan kepada Mazroei, memanggiln­ya seorang ‘pengganas’ dan meludahnya sebelum menikam Mazroei bertubi-tubi sehingga mati.

Elham Khatami, jurucakap Majlis Iran- Amerika Kebangsaan ( NIAC), memberitah­u kumpulanny­a mahu peguam daerah menjalanka­n siasatan terperinci sama ada Tanber melakukan jenayah kebencian.

NIAC juga mahu Peguam Daerah menilai peranan teman wanita suspek, kata Khatami.

Timbalan Peguam Daerah Larry Yellin berkata, bukti belum mencukupi.

“Bagaimanap­un Tanber didakwa atas kesalahan membunuh dan hukuman berpotensi adalah penjara 76 tahun hingga seumur hidup jika disabit kesalahan, dan saya percaya saya dapat mensabitka­nnya,” kata Yellin kelmarin. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia