Utusan Borneo (Sarawak)

TIADA KESUDAHAN

Kampung Usahajaya terus dilanda banjir kilat, penduduk dihantui kebimbanga­n setiap kali hujan lebat.

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Hujan lebat hampir dua jam tengah hari semalam menyebabka­n kawasan rendah di Kampung Usahajaya, Jalan Sentosa Salim ditenggela­mi air sedalam dua kaki.

Banjir kilat berlaku itu bagaimanap­un bukan sesuatu baharu bagi penduduk kampung memandangk­an ia kerap berlaku setiap kali hujan lebat turun.

Menurut penduduk kampung, Jamil Busran, kawasan kampung terlibat adalah sebahagian Fasa 1 dan Fasa 2 Kampung Usahajaya.

“Kawasan yang teruk terjejas ialah Lorong Sentosa 2, Lorong 6 dan Lorong 8. Banyak kediaman dua tingkat dimasuki air terutama tingkat bawah,” katanya kepada pemberita, semalam.

Jamil memberitah­u, ini bukan kali pertama banjir kilat berlaku, malah berlaku hampir setiap tahun terutama pada hujung dan awal tahun ketika musim tengkujuh.

Pada penghujung tahun 2014 dan awal tahun ini, penduduk kampung terbabit turut ditimpa masalah yang sama sekaligus menyukarka­n kehidupan mereka.

Menurut Jamil, kejadian banjir kilat yang berlaku semalam agak teruk berbanding kejadian sebelum ini.

“Jika banjir kilat ini berterusan, ia menyukarka­n semua penduduk terjejas. Jika hujan lebat turun, penduduk yang terlibat pasti akan berasa bimbang,” tegasnya yang tinggal di Lot 725, Lorong Sentosa 8.

 ??  ?? BANJIR: Keadaan sebuah rumah di Kampung Usahajaya yang hampir dinaiki air.
BANJIR: Keadaan sebuah rumah di Kampung Usahajaya yang hampir dinaiki air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia