Utusan Borneo (Sarawak)

‘Polis Evo’ catat kutipan RM8 juta dalam 11 hari

-

KUALA LUMPUR: Memasuki hari ke-11 tayangan, ‘Polis Evo’ telah berjaya mencatat kutipan mencecah RM8 juta daripada 101 buah pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Sambutan memberangs­angkan untuk minggu kedua tayangan ini didorong oleh reaksi positif para peminat yang telah menontonny­a sejak 17 September 2015 lalu selain daripada rangka promosi yang masih giat berjalan.

Menurut Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, Astro Shaw yang merupakan penerbit filem ‘Polis Evo’ akan terus berusaha menerusi rangka promosi agar dapat menarik minat khalayak untuk hadir ke pawagam menonton filem ‘Polis Evo’ hasil karya asal tiga anak muda yang mendapat biasiswa daripada Astro dan kini berkhidmat untuk Astro Shaw iaitu Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwari Ashraf dan mendapat sentuhan oleh pengarah Ghaz Abu Bakar.

“Kami bersyukur dengan sokongan yang diberikan oleh para peminat terhadap filem ini. Kami tidak menyangka dalam kesuraman industri perfileman tempatan ketika ini, peminat masih memberi kepercayaa­n kepada ‘Polis Evo’ untuk menduduki tempat teratas

di carta filem Melayu terlaris untuk tahun ini. Kami berharap para penonton akan terus menyokong filem ‘Polis Evo’ dan turut membawa keluarga serta kawan-kawan mereka ke pawagam berulang kali,” kata Najwa.

“Masih terlalu awal untuk meramal industri perfileman tempatan ketika ini. Jika dilihat reaksi positif peminat terhadap ‘Polis Evo’, diharap ia dapat menyuntik semangat baru dalam dunia filem Malaysia,” tambahnya lagi.

‘Polis Evo’ merupakan filem bergenre aksi dan memaparkan kisah dua anggota polis, Khai lakonan Shaheizy Sam dan Sani lakonan Zizan Razak, yang mempunyai personalit­i yang sangat berbeza tetapi harus bekerjasam­a untuk menjatuhka­n sebuah operasi pengedaran dadah.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BOX OFFICE: Najwa (empat kiri) bersama barisan pelakon dan juga kru ‘Polis Evo’ semasa pelancaran rangkaian promosi filem itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.
BOX OFFICE: Najwa (empat kiri) bersama barisan pelakon dan juga kru ‘Polis Evo’ semasa pelancaran rangkaian promosi filem itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.
 ??  ?? WATAK UTAMA: Zizan Razak (kiri) dan Shaheizy Sam berjaya
hidupkan filem ‘Polis Evo’.
WATAK UTAMA: Zizan Razak (kiri) dan Shaheizy Sam berjaya hidupkan filem ‘Polis Evo’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia