Utusan Borneo (Sarawak)

Bot terbalik di timur laut India, 20 masih hilang

-

GUWAHATI: Penyelamat semalam mencari kira-kira 20 orang yang dikhuatiri hilang selepas sebuah bot terbalik dan karam di sebatang sungai yang naik akibat hujan di timur laut India yang terpencil, kata seorang pegawai kerajaan.

Feri berenjin itu membawa kira- kira 100 penduduk kampung untuk menonton satu perlumbaan bot yang popular di negeri Assam ketika ia melanggar pilon jambatan dan terbalik di Sungai Kolohi lewat kelmarin, kata seorang pentadbir tertinggi daerah kepada AFP.

“Ketua kampung yang pertama terjun keluar dari bot memberitah­u kami kirakira 80-90 penumpang lain berenang ke tempat selamat,” kata Vinod Seshan.

“Ada kebimbanga­n mengenai kira-kira 20 orang lain tetapi belum ada orang yang melaporkan tentang orang hilang kepada polis setakat ini.

“Namun kami sudah memulakan lagi operasi menyelamat pada pagi ini,” jelas beliau lanjut.

Laporan awal menyebut seramai 50 orang dikhuatiri hilang tetapi ketua polis daerah Indrani Barua berkata kebanyakan penumpang kemudian dipercayai sudah berenang ke tempat selamat.

Feri yang menelusuri sungai di timur laut India yang terpencil tidak menyimpan senarai penumpang, menjadikan­nya mustahil untuk mengetahui jumlah sebenar orang yang hilang selepas nahas bot berlaku.

Nahas bot biasa berlaku disebabkan oleh standard keselamata­n yang lemah, selain membawa penumpang melebihi had. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia