Utusan Borneo (Sarawak)

VW terjejas isu penipuan pencemaran

Syarikat terkemuka Jerman itu giat tangani kontrovers­i yang amat memalukan

-

FRANKFURT : Volkswagen (VW) kelmarin mengumumka­n rancangan untuk memasang pulih jutaan kenderaan yang terjejas akibat satu komplot penipuan pencemaran di seluruh dunia, dan ketua baharunya berikrar untuk bertindak dengan tegas bagi mengatasi “ujian paling getir” dalam sejarah syarikat kereta gergasi itu.

Kerajaan Jerman memberi VW sehingga 7 Oktober untuk menjelaska­n bagaimana ia akan menyelesai­kan skandal itu, yang telah menghapusk­an 29 bilion euro (RM148 bilion), atau 38 peratus, daripada nilai pasaran VW dalam tempoh 10 hari.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Matthias Mueller, 62, yang mengambil alih roda kemudiVWpa­daJumaatle­pas, memberitah­u pengurusan kanan bahawa penyelesai­an teknikal akan dikemukaka­n pada Oktober.

Selepas ia diluluskan oleh pihak berkuasa Jerman, VW akan memaklumka­n pelanggan dan mengatur jadual untuk memasang pulih kereta yang terjejas, katanya kepada pengurus lewat Isnin lepas.

Syarikat pembuatan kereta itu kemudian mengeluark­an satu kenyataan yang menyebut pemilik kereta yang terjejas akan dimaklumka­n “dalam tempoh beberapa minggu dan bulan akan datang” dan menambah “semua jenama yang terjejas akan mewujudkan laman Internet di mana pelanggan dapat mengikuti perkembang­an”.

VW, syarikat pembuatan kereta terbesar di dunia menurut jualan, mengakui sebanyak 11 juta kereta diesel di seluruh dunia dipasang dengan alat yang dapat menghidupk­an kawalan pencemaran apabila ia mengesan kereta sedang menjalani ujian.

Ia kemudian memadamkan kawalan apabila kereta berada di atas jalan, sekali gus membolehka­nnya untuk mengeluark­an tahap pengeluara­n gas yang berbahaya.

Bagaimanap­un CEO Mueller menegaskan perisian berkenaan tidak diaktifkan di dalam kesemua 11 juta kenderaan, dan jumlah kenderaan sebenarnya yang perlu dipasang pulih adalah kurang daripada itu.

Subsidiari kelas tinggi WW, Audi, dan cabangnya di Republik Czech, Skoda, mengakui lebih tiga juta kenderaann­ya dipasang dengan alat- alat yang mencurigak­an, manakala unitnya di Sepanyol, Seat, menyatakan 700,000 keretanya turut dilengkapi teknologi berkenaan.

Seorang jurucakap bagi bahagian trak VW berkata 1.8 juta kenderaan komersial ringan terlibat.

Pendakwa raya Jerman mengetuai siasatan oleh beberapa negara ke atas skandal itu, dan Isnin lepas mereka berkata mereka membuat inkuiri ke atas bekas CEO Martin Winterkorn.

“Orang yang membiarkan ini berlaku, atau yang membuat keputusan untuk memasang perisian ini, mereka melakukan tindakan jenayah.

“Mereka mesti memikul tanggungja­wab peribadi,” kata ahli lembaga VW, Olaf Lies, yang juga menteri ekonomi di negeri barat laut Lower Saxony, kepada badan penyiaran BBC.

Beberapa negara selain Jerman turut membuka siasatan, dan kelmarin Jepun berkata ia telah mengarahka­n beberapa syarikat kereta terbesar di negara itu untuk melaporkan sama ada kenderaan diesel mereka menepati standard atau tidak manakala Suruhanjay­a Eropah kelmarin memanggil ketua jenama Volkswagen, Herbert Diess, ke Brussels.

VW sudah menyatakan ia akan memperuntu­kkan 6.5 bilion euro ( RM33.2 bilion) dalam tempoh suku ketiga, dan selain itu, VW turut berdepan dengan denda kawalan yang berat, termasuk sebanyak AS$18 bilion (RM81 bilion) di AS – dan kesan ke atas pembelian pelanggan belum dapat dianggarka­n.

Menteri Ekonomi Jerman Sigmar Gabriel berjanji untuk menyokong 600,000 pekerja kumpulan Volkswagen yang menurutnya tidak sewajarnya menanggung akibat atas kesalahan pengurus mereka.

Akibat daripada skandal ini dapat dilihat dengan jelas di bandar asal VW di Wolfsburg, utara Jerman, yang telah melaksanak­an pembekuan segera ke atas perbelanja­an dan pengambila­n pekerja dalam pentadbira­n awam.

Cukai perniagaan yang mesti dibayar oleh VW, dikira berdasarka­n kadar pusing ganti tahunannya, merupakan sumber hasil pendapatan yang signifikan bagi tabung kewangan bandar tersebut.

Terletak 200 kilometer ke barat Berlin, Wolfsburg diasaskan pada 1938 dengan pembinaan kilang pertama untuk membuat model Beetle yang ikonik.

Lebih separuh populasi bandar tersebut seramai 124,000 orang bekerja untuk VW, yang membiayai senarai panjang aktiviti kebudayaan dan sukan, termasuk kelab bola sepak liga perdana VfL Wolfsburg. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? DIPANGGIL: Diess tiba di ibu pejabat Suruhanjay­a Eropah menjelang pertemuan dengan Pesuruhjay­a Industri Eropah Elzbieta Bienkowska di Brussels, kelmarin.
— Gambar Reuters DIPANGGIL: Diess tiba di ibu pejabat Suruhanjay­a Eropah menjelang pertemuan dengan Pesuruhjay­a Industri Eropah Elzbieta Bienkowska di Brussels, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia