Utusan Borneo (Sarawak)

Festival Filem Jepun di GSC CityONE Megamall

-

KUCHING: Acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh para peminat setia filem Jepun kini kembali ke Kuching untuk kali ketiga bermula hari ini (1 Oktober 2015) di Golden Screen Cinemas (GSC) CityONE Megamall, di sini.

Festival Filem Jepun (JFF) 2015 kali ini akan membawakan sebanyak 13 filem menarik dari negara matahari terbit itu yang akan ditayangka­n di enam pawagam GSC terpilih di seluruh negara.

Majlis pelancaran­nya telah diadakan di GSC Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada petang ini, satu lagi majlis pelancaran akan diadakan sempena pembukaan rasminya di Kuching yang mana akan turut dihadiri oleh Setiausaha Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Sama seperti pelancaran­nya di GSC Pavilion Kuala Lumpur sebelum ini, filem ‘Kakekomi’ arahan Masato Harada akan ditayangka­n sebagai filem pembukaan.

Berlatarka­n suasana pada era pemerintah­an feudal di Jepun, ‘Kakekomi’ mengisahka­n seorang doktor yang membantu wanita bercerai untuk menjalani hidup baru walaupun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak.

Drama komedi samurai itu masih lagi menarik kaki wayang ke pawagam- pawagam di Jepun walaupun selepas empat bulan ia ditayangka­n.

Selain ‘Kakekomi’, filem-filem lain yang akan ditayangka­n di festival kali ini adalah‘Our Little Sister’, ‘You Are Umasou 2: I Love You Always’, ‘Tamako In Moratorium’, ‘Bolt From The Blue’, ‘Petal Dance’, ‘Our Family’, ‘Unsung Hero’, ‘Tokyo Losers’, ‘Blindly In Love’ dan ‘My Little Nightmare’.

Sebanyak tiga filem animasi turut akan ditayangka­n pada tahun ini iaitu ‘The Adventures of Tyrano Boy’, ‘Initial D the Movie Legend 2: Racer’ dan ‘Mobile Suit Gundam: The Origin I: Blue-Eyed Casval’.

Kesemua filem ini akan disampaika­n dalam bahasa Jepun dengan sarikata bahasa Inggeris.

Tiket cuma berharga RM7.50 sekali masuk kecuali untuk filem ‘Initial D the Movie Legend 2: Racer’ dan ‘The Adventures of Tyrano Boy’ yang dijual dengan harga biasa.

Tempahan tiket harus dibuat dua (2) hari sebelum tarikh tayangan menerusi GSC e-Payment di www.gsc.com.my, GSC Mobile App (iOS, Android dan Windows Phone) atau di pawagam-pawagam GSC terpilih.

Untuk maklumat lanjut mengenai festival ini serta jadual tayangan 13 filem berkenaan, boleh layari laman web www.jfkl.org. my dan www.gsc.com.my.

 ??  ?? PEMBUKA: Filem ‘Kakekomi’ arahan Masato Harada akan ditayangka­n sebagai filem
pembukaan.
PEMBUKA: Filem ‘Kakekomi’ arahan Masato Harada akan ditayangka­n sebagai filem pembukaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia