Utusan Borneo (Sarawak)

Setinggan diminta bersih kawasan tanah perkuburan SDNU

-

KUCHING: Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak ( SDNU) mahu penghuni setinggan yang mendiami kawasan tanah perkuburan SDNU berkeluasa­n lima ekar di Jalan Foochow, di sini bergotong-royong membersihk­an kawasan perkuburan itu.

Difahamkan, kawasan perkuburan itu telah didiami sekumpulan penghuni setinggan sejak 10 tahun lalu.

Menurut salah seorang ahli SDNU Mabong Unggang, beliau menerima laporan daripada penduduk kampung di sekitar kawasan itu yang memberitah­u kawasan tanah perkuburan itu harus dibersihka­n memandangk­an ia kini berada dalam keadaan yang tidak terurus dan bersemak.

Malah, penduduk juga bersetuju untuk menjalanka­n aktiviti gotong-royong membersihk­an perkuburan bersama penghuni setinggan di situ dan meminta untuk dibekalkan peralatan membersih.

“Penduduk kampung berdekatan melahirkan rasa tanggungja­wab mereka untuk membersihk­an perkuburan yang terabai dan tidak dijaga itu.

“Mereka (penduduk) bukan sahaja mahu member- sih untuk menyedapka­n mata memandang di kawasan persekitar­an perkuburan serta memikirkan kebersihan, bahkan penduduk juga khuatir keadaan semak yang dijadikan sebagai lokasi persembuny­ian perompak atau pencuri,” katanya kepada pemberita, baru-baru ini.

Jelasnya lagi, selama ini penghuni setinggan ada menjalanka­n aktiviti membersih sebahagian daripada kawasan perkuburan itu, tetapi kini penduduk kampung ber- hasrat untuk membersihk­an seluruh kawasan itu.

“Difahamkan, sebanyak 30 rumah setinggan didirikan di atas tanah perkuburan SDNU tetapi selama ini, keluarga yang mendiaminy­a datang dan pergi.

“Mereka juga ada melakukan kerja pembersiha­n di bahagian-bahagian tertentu di kubur itu, sebab kawasan semak itu menjadi kawasan persembuny­ian pencuri yang mahu memecah masuk rumah atau mencuri ayam dan hai- wan ternakan lain.

“Sekarang, penduduk kampung mahu membersihk­an keseluruha­n kawasan perkuburan itu untuk tujuan menjaga kebersihan dan keselamata­n yang kini sudah kelihatan seperti hutan.

“Justeru, mereka merancang untuk mengadakan gotong-royong dan berharap pihak SDNU dapat membantu menyediaka­n peralatan gotong-royong dan sedikit minuman untuk aktiviti itu,” kata Mabong.

 ??  ?? PERLU DIBERSIHKA­N: Bahagian tanah perkuburan di belakang kediaman setinggan di Jalan Foochow, Kuching yang dikhuatiri dijadikan sebagai tapak persembuny­ian pencuri atau perompak.
PERLU DIBERSIHKA­N: Bahagian tanah perkuburan di belakang kediaman setinggan di Jalan Foochow, Kuching yang dikhuatiri dijadikan sebagai tapak persembuny­ian pencuri atau perompak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia