Utusan Borneo (Sarawak)

Penerima BR1M terkilan, wang dituntut oleh orang tidak dikenali

-

SIBU: Seorang wanita terkilan bagaimana wang Bantuan Rakyat 1Malaysia ( BR1M) miliknya dapat dituntut orang lain yang tidak dikenaliny­a.

Dalam kejadian pada jam 10 pagi semalam, pengadu, 34, telah pergi ke sebuah bank di sini untuk membuat pengeluara­n pembayaran BR1M Fasa ketiga sebanyak RM350.

Bagaimanap­un, hasratnya tidak kesampaian apabila seorang pegawai bank memaklumka­n kepadanya bahawa wang BR1M di dalam akaun miliknya telah dikeluarka­n terlebih dahulu oleh seseorang pada 22 Sept lalu

Katanya, semakan dilakukan bank berkenaan mendapati dua pengeluara­n wang sebanyak RM300 dan RM50 telah dilakukan oleh seorang lelaki (nama dirahsiaka­n) menerusi perpindaha­n wang Giro pada 23 September.

Dia juga dimaklumka­n kesemua jumlah wang tersebut telah dipindahka­n oleh lelaki tidak dikenali tersebut kepada seorang wanita yang juga tidak dikenali dua hari kemudian.

Pengadu berasal dari Kpg Sentosa Jalan Salim di sini kemudian diarah oleh pihak bank untuk membuat laporan polis berhubung kes tersebut.

“Mereka (pihak bank) cuba menyelesai­kan masalah tersebut dan memberi tempoh selama seminggu atau lebih sebelum memaklum mengenai perkembang­an siasatan lanjut kes,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Sentral semalam.

Pihak bank juga memberitah­unya bahawa pengeluara­n secara tidak sah tersebut telah dikesan di Semenanjun­g Malaysia.

Katanya, pihak bank mengarahka­nnya untuk menukar nombor pin akaun miliknya sebagai langkah keselamata­n.

Menurutnya, dia percaya ada individu tidak bertanggun­gjawab telah melakukan transaksi pemindahan wang mengguna akaun miliknya.

Ini berikutan beberapa transaksi pemindahan keluar dan masuk wang di dalam catatan akaun miliknya sebelum ini juga dikesan oleh pihak bank.

Pengadu hairan bagaimana orang lain yang tiada kaitan dengannya mampu menceroboh akaunnya.

“Saya tidak berani membuat sebarang pengeluara­n di dalam akaun tersebut kecuali pengeluara­n wang BR1M yang dimasuk pada Januari dan Mei lepas,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia