Utusan Borneo (Sarawak)

Suri rumah lapor polis lelaki ancam keselamata­n keluarga

-

SIBU: Seorang suri rumah membuat laporan polis selepas bimbang keselamata­n terancam apabila diugut seorang lelaki dipercayai tuai rumah yang mendakwa suaminya telah melarikan isteri tuai rumah berkenaan.

Dalam laporannya, pengadu, 61, mendakwa didatangi seorang lelaki berbangsa Iban yang memarahiny­a ketika berada di rumah di Lorong Senangin, Jalan Bukit Penyau dekat sini pada jam 8 pagi Selasa lalu.

“Dia menuduh suami saya membawa isterinya lari. Sedangkan ketika itu, suami saya mengunjung­i rumah saudara yang meninggal dunia,” jelasnya.

Lelaki tersebut memberitah­u bahawa suami pengadu membawa isterinya ke sebuah hotel yang tidak diketahui lokasinya.

Suspek yang tinggal di kawasan perumahan kemudian beredar dari situ dalam keadaan marah.

Bagaimanap­un, dia datang semula ke rumah pengadu pada jam 6.30 petang dalam keadaan mabuk dan panas baran.

“Dia bertindak kurang ajar apabila membuang air kecil di pokok pisang di hadapan rumah saya tanpa berasa malu,” kata pengadu.

Difahamkan, lelaki tersebut juga bertandang ke rumah pengadu pada jam 1 pagi sehingga mencetus ketakutan dan pengadu berasa terancam.

Pada jam 8 pagi semalam, lelaki itu muncul semula di hadapan rumah dan mengugut akan mengancam nyawa mereka sekeluarga.

Menurut pengadu, suspek berumur 60-an itu memaksanya supaya menasihati suami agar tidak mengganggu isterinya yang jauh lebih muda daripada pengadu.

Bimbang sesuatu tidak diingin berlaku, pengadu tampil ke Balai Polis Sentral untuk membuat laporan polis.

Kes tersebut kini dalam siasatan lanjut pihak polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia