Utusan Borneo (Sarawak)

Pengundi Bawang Assan diminta tingkat peratus sokongan kepada calon BN

-

SIBU: Pengundi di kawasan DUN Bawang Assan diminta meningkatk­an lagi peratus sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.47 Bawang Assan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Andrew Shilling Banggit memberitah­u, peratusan undi kepada calon BN iaitu Dato Sri Wong Soon Koh pada PRN 2011 adalah 74 peratus.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 katanya, peratusan undi kepada calon BN telah meningkat kepada 89 peratus.

“Ini bermakna penduduk di Bawang Assan masih setia kepada calon BN. Diharap pada PRN akan datang, peratusan undi ini dikekal atau ditingkatk­an lagi,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat DUN N.47 Bawang Assan, baru-baru ini.

Majlis dihadiri ADUN N.47 Bawang Assan merangkap Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP) Dato Sri Wong Soon Koh, Temenggung Stanley Geramong, Pemanca James Semilan, Penghulu Jeffery Sut dan yang lain.

Andrew yang juga pengerusi Unit Bumiputera UPP Cawangan Bawang Assan yakin Wong akan menjadi calon BN bagi mempertaha­nkan kerusi DUN N.47 Bawang Assan pada PRN nanti.

Ini berdasarka­n kenyataan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang memberitah­u bahawa majoriti penyandang kerusi akan dikekalkan.

Menurut Andrew, penduduk terutama pengundi di Bawang Assan harus mengundi Wong kerana rekod menunjukka­n beliau telah menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab sebagai wakil rakyat dengan baik.

“Sejak menjadi wakil rakyat, banyak pembanguna­n telah diberikan dari segi infrastruk­tur asas, jalan raya, elektrik, air dan sebagainya.

“Jambatan konkrit baharu di Bawang Assan kini 85 peratus telah siap dan dijadual siap pada hujung 2015. Ini menunjukka­n penduduk di Bawang Assan menerima banyak pembanguna­n berbanding kawasan- kawasan lain,” jelasnya.

Selain itu ujar Andrew, sejak Wong menjadi wakil rakyat 20 tahun lepas, banyak projek pembanguna­n telah dilaksanak­an di semua kawasan di dalam DUN N.47 Bawang Assan.

Ini termasuk di kawasankaw­asan di Batang Igan di mana banyak rumah panjang sudah dihubungka­n dengan jalan raya, yang merupakan keperluan asas yang diperlukan penduduk luar bandar.

“Pembanguna­n ini tidak dapat dilaksanak­an sehari dua. Oleh itu kita harus sentiasa menyokong wakil rakyat daripada BN yang terbukti dapat memberi pembanguna­n kepada kita,” tambah beliau.

Terdahulu sebelum majlis terbabit, Wong juga telah merasmikan jalan di Rumah Peter Tinggom yang telah dinaik taraf baru-baru ini.

Projek jalan ini merupakan salah satu daripada projek yang telah dilaksanak­an di kawasan penempatan Bawang Assan dengan kos RM1.1 juta pada tahun ini.

 ??  ?? AMANAT: Chong ketika berucap pada majlis makan malam anjuran DAP di Betong.
AMANAT: Chong ketika berucap pada majlis makan malam anjuran DAP di Betong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia