Utusan Borneo (Sarawak)

Penyandang kerusi perlu akur jika nama digugur

11 kerusi baharu DUN akan beri cabaran besar kepada penyandang, calon baharu bakal diketengah: Wan Zain

- Oleh Mohd Norhadie Sahari

MIRI: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) di negeri ini harus akur dengan keputusan pemimpin tertinggi BN Pusat jika nama mereka digugur pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pemerhati Politik Wan Zain Syed Mohdzar berkata meskipun Sarawak memiliki 11 kerusi baharu DUN, ia akan memberi cabaran besar kepada penyandang dan calon baharu yang bakal diketengah­kan kelak.

“Saya melihat politik semasa sentiasa berubah, lebihlebih lagi apabila Sarawak memiliki 11 kerusi DUN baharu yang secara keseluruha­nnya akan menyebabka­n perebutan kerusi antara parti komponen BN.

“Justeru, kemungkina­n ada penyandang kerusi DUN akan digugurkan dan digantikan dengan muka baharu atau penyandang terbabit

Saya melihat politik semasa sentiasa berubah, lebih-lebih lagi apabila Sarawak memiliki 11 kerusi DUN baharu yang secara keseluruha­nnya akan menyebabka­n perebutan kerusi antara parti

” komponen BN.

ditukarkan ke kawasan DUN yang baharu,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Namun begitu, keputusan sebenar masih terletak di tangan pucuk kepimpinan ter- tinggi BN Pusat yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi BN Pusat.

Apapun katanya, jika nama mereka digugur, mereka harus akur dan tidak mempertika­i keputusan yang dibuat sebaliknya bekerjasam­a dalam membantu muka baharu pada PRN.

“Ramai sudah berkempen di peringkat akar umbi untuk memohon atau melobi menjadi calon di kerusi baharu terbabit dan ia terpulang kepada BN Negeri untuk membuat keputusan muktamad,” katanya.

Ditanya mengenai isu sabotaj parti, beliau mengakui perkara sedemikian boleh berlaku sekiranya penyandang kerusi terbabit tidak berpuas hati dengan calon pilihan pucuk pimpinan parti.

Justeru, semua pemimpin dan ahli BN diingat supaya tidak melakukan perbuatan khianat atau sabotaj kerana kecewa tidak dipilih semula.

“Semua jentera dan penyokong parti perlu menyokong 100 peratus calon yang dipilih pucuk pimpinan dan tidak memasang niat untuk menjatuhka­n calon atau muka baharu,” katanya.

Beliau turut yakin Sarawak akan mengekalka­n rekod bersih menang pada PRN akan datang sebagaiman­a yang telah dilakukan pada pilihan raya sebelum ini.

Wan Zain Syed Mohdzar Pemerhati Politik

 ??  ?? WAN ZAIN
WAN ZAIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia