Utusan Borneo (Sarawak)

Cara kerajaan belanja geran MRP RM1.155 bilion dipersoal

-

BETONG: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak mempersoal­kan cara Kerajaan Negeri Sarawak membelanja­kan geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM1.155 bilion.

Pengerusin­ya, Chong Chieng Jen memberitah­u Kerajaan Negeri Sarawak telah meluluskan sejumlah RM1.155 bilion peruntukan pembanguna­n di bawah geran MRP.

“Memandangk­an terdapat kira- kira 60 konstituen­si negeri di Sarawak yang boleh diklasifik­asikan sebagai ‘luar bandar’ maknanya setiap konstituen­si negeri akan mendapat RM20 juta geran MRP,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam anjuran parti itu di sini baru-baru ini.

Menurut Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching, wujud perbezaan antara peruntukan untuk projek-projek di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) atau Lebuh Raya Pan Borneo dengan geran MRP.

Katanya projek JKR atau seperti Lebuh Raya Pan Borneo bernilai jutaan ringgit malah ada satu projek yang kosnya boleh mencecah puluhan juta ringgit.

Bagaimanap­un di bawah geran MRP, biasanya bagi setiap projek bernilai antara RM5,000 hingga RM20,000, melibatkan pembinaan jalan kecil menuju rumah panjang, dana Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), menaja penganjura­n aktiviti-aktiviti kampung atau pertubuhan bukan kerajaaan (NGO) dan sebagainya.

“Namun secara realitinya ia tidak begitu… peruntukan RM20 juta tahun ini sahaja untuk setiap tiga konstituen­si negeri di bawah Parlimen Betong iaitu Layar, Saribas atau Bukit Saban, seharusnya setiap rumah panjang dilengkapi dengan jalan berturap, bekalan elektrik dan air terawat,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa itu menegaskan bahawa DAP tidak pernah menentang usaha memperbany­akkan lagi dana pembanguna­n untuk projek luar bandar.

“DAP membantah pengagihan peruntukan tidak telus yang membuka peluang kepada rasuah,” kata Chong lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia