Utusan Borneo (Sarawak)

Program SEHATI di Kuching 3-4 Okt

-

KUCHING: Bekas Timbalan Ketua Polis Daerah (Pentadbira­n) Kuching Superinten­den Entusa Imam tidak menolak kemungkina­n akan terlibat dalam politik selepas persaraan beliau daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Entusa yang ditemui pemberita kelmarin memberitah­u, beliau akan terus berkhidmat kepada masyarakat terutama di tempat kelahirann­ya iaitu di Tanjung Bijat, Sri Aman.

“Rancangan saya selepas ini akan terus berkhidmat kepada masyarakat, terutama di tempat saya sendiri dan mungkin juga terlibat dengan politik,” katanya yang ditanya mengenai spekulasi berhubung perkara tersebut.

Entusa difahamkan memohon untuk bersara awal pada usia 58 tahun selepas berkhidmat selama 35 tahun dengan PDRM. KUCHING: Program pelanconga­n keusahawan­an sosial pertama negara, SEHATI akan diadakan Dewan Kompleks Islam Sarawak pada hujung minggu ini (3 dan 4 Oktober).

Kuching merupakan hentian kedua untuk program itu yang dilancarka­n di Johor Baharu pada 18 September.

Program itu bertujuan mewujudkan kesedaran dan memberi inspirasi kepada kepentinga­n keusahawan­an sosial di kalangan orang ramai.

Para penganjur di Kuching adalah Malaysian Global In- novation and Creative Centre (MaGIC) yang bekerjasam­a dengan rakan-rakan seperti iCube Innovation Sdn Bhd, iM4U, Universiti Teknologi MARA, Kementeria­n Belia dan Sukan serta Enactus Malaysia.

Pengarah Eksekutif MaGIC (Keusahawan­an Sosial) Ehon Chan akan merasmikan majlis pelancaran pada hari pertama.

Untuk keterangan lanjut mengenai SEHATI atau MaGIC (sebuah agensi di bawahKemen­terianKewa­ngan), sila layari http://se.mymagic. my/en/SEHATI/.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia