Utusan Borneo (Sarawak)

IKM Cawangan Sarawak anjur Karnival Kimia Malaysia di UNIMAS

-

KOTA SAMARAHAN: Bagi mewujudkan kesedaran awam dan pelajar mengenai kemapanan kimia, Institut Kimia Malaysia (IKM) Cawangan Sarawak menganjurk­an Karnival Kimia Malaysia (K2M) 2015 Zon Sarawak di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), semalam.

Program yang dianjurkan dengan kerjasama UNIMAS dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Padawan itu bukan sahaja disertai pelajar UNIMAS sendiri tetapi lebih 200 pelajar daripada 12 sekolah di bawah PPD Padawan.

Karnival berkenaan dilancarka­n Timbalan Ketua Menteri merangkap Pro Canselor UNIMAS Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang selain dihadiri Pengerusi IKM Cawangan Sarawak Dr Alvin Chai dan Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohd Kadim Suaidi.

Chai dalam ucapannya berkata, IKMk i d k j k program seperi K2M dan kuiz kimia untuk memupuk minat dalam sains khasnya kimia di kalangan para pelajar.

“Tahun ini IKM Cawangan Sarawak menganjurk­an K2M Zon Sarawak dengan kerjasama UNIMAS dan PPD Padawan.

“Bertemakan ‘ Kimia Untuk Kemapanan Dunia’ karnival berobjekti­f memaparkan inovasi dan daya cipta kimia, memupuk kesedaran awam dan penghayata­n terhadap kimia selain menggalakk­an pendidikan kimia serta inspirasi generasi muda memilih kimia sebagai satu kerjaya,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai IKM, katanya ia merupakan organisasi yang sangat aktif dengan keahlian mencapai 3,600 orang di seluruh negara.

Katanya IKM turut berperanan menganjurk­an pelbagai kursus, bengkel, seminar, persidanga­n, simposium dan pameran secara k i k d hli ki i d orang awam.

“Di negeri ini, IKM Cawangan Sarawak sehingga kini mempunyai 225 ahli.

“Kami menerima geran tahunan kecil daripada ibu pejabat IKM dan menjana pendapatan sendiri melalui kursus dan bengkel yang dianjurkan,” katanya.

K2M adalah satu acara kebangsaan yang dilancarka­n Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sempena sambutan ‘Internatio­nal Year of Chemistry’ pada 2011.

Acara berkenaan telah dijadikan satu aktiviti tahunan oleh IKM dan di Sarawak ia dianjurkan UNIMAS pada tahun 2011 dan seterusnya Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah pada 2013.

Pada 2013, acara dilaksana untuk melibatkan sekolah menengah di kawasan Kuching.

Antara program yang dilaksanak­an termasuk tayangan video, ceramah, pameran serta pertanding­an

j k i

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia