Utusan Borneo (Sarawak)

Bajet besar bukti kerajaan beri penekanan aspek pendidikan

-

ENGKILILI: Pendidikan sempurna sehingga ke menara gading merupakan asas kejayaan dan puncak pencapaian seseorang dalam menimba ilmu.

Sehubungan itu, kerajaan sentiasa menitikber­atkan keperluan pendidikan menerusi peruntukan bajet yang besar setiap tahun kerana menyedari hanya menerusi pendidikan sempurna dapat mengangkat serta melahirkan tenaga kerja mahir dan separuh mahir mencukupi untuk kegunaan negeri ini dan negara amnya.

Justeru, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa, kerajaan sentiasa berusaha menyediaka­n keperluan pendidikan seperti memperuntu­kkan dana yang besar setiap kali pembentang­an bajet negeri dan persekutua­n, penyediaan guru terlatih dalam pelbagai bidang serta mewujudkan pusat pendidikan bertaraf dunia.

“Kita harus ingat bahawa jatuh dan bangunnya sesebuah negara bergantung kepada kebolehpas­aran tenaga kerja mahir dan separuh mahir yang hanya dapat dilahirkan menerusi didikan yang sempurna.

“Maka itu adalah tanggungja­wab semua pihak iaitu ibu bapa, guru dan kerajaan menyediaka­n peluang pendidikan kepada anak-anak tanpa mengira latar belakang dan miskin atau kaya seseorang itu,” katanya.

“Bagi saya sendiri, sejak bergelar wakil rakyat di konstituen­si ini, bidang pendidikan antara keutamaan saya kerana menyedari hanya pendidikan sempurna dapat mengeluark­an seseorang itu daripada kepompong kemiskinan.

“Malah, Malaysia sebenarnya sedang menuju negara berpendapa­tan tinggi menjelang tahun 2020.

“Justeru mahu atau tidak, kita harus menyediaka­n diri mulai sekarang kerana detik itu semakin hampir,” katanya dan berharap agar generasi muda hari ini tidak mensiasiak­an peluang pendidikan yang disediakan kerajaan.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan program Konvokesye­n Pelajar Buta Huruf di Ensurai dan Kumpang Engkilili di Dewan Serba Guna Engkilili di sini kelmarin.

Terdahulu, seramai 47 orang menerima sijil tamat belajar mereka selepas kesemua mereka berjaya menguasai kemahiran 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira.

Program yang bertujuan menghapusk­an buta huruf di kalangan pelajar itu menggunaka­n sukatan pelajaran UNESCO di bawah pemantauan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Seramai 47 pelajar dipilih menyertai program tersebut selama empat bulan dengan sesi persekolah­an mulai jam 4.30 petang hingga 8 malam setiap hari kecuali hujung minggu.

Tambahnya, menyedari bidang pendidikan semakin penting maka Parti Rakyat Bersatu (UPP) telah mengorak langkah dengan memperkena­lkan Tabung MultiMilli­on dengan dana awal sebanyak RM50 juta.

“Dana itu sudah dilancarka­n pada 21 Ogos lalu oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sempena ulang tahun pertama penubuhan UPP dan dana itu pula akan mula diagihkan kepada penerima yang layak mulai Oktober ini... lebih menarik ia terbuka kepada semua pelajar dan penuntut IPTA dan IPTS dengan pemberian secara ‘one off’,” katanya.

“Bagi DUN Engkilili, saya turut menyediaka­n tabung pendidikan sendiri dikenali Tabung Yayasan 1Engkilili dipengerus­ikan Peter Jawi.

“Pemberian pertama sudah dibuat baru-baru ini kepada lepasan SPM dan STPM yang berjaya melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi dan pengagihan kedua ialah pada November nanti khusus untuk murid tahun satu dan pelajar tingkatan satu dengan dana RM50,000,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu para ibu bapa dapat menggemble­ng tenaga ber- sama guru bagi memastikan anak mereka mendapat pendidikan sempurna.

“Jangan letakkan sepenuhnya tanggungja­wab mendidik anak- anak di bahu guru sepenuhnya kerana tugas melahirkan pelajar cemerlang adalah hasil kerjasama padu semua pihak iaitu guru, PIBG dan ibu bapa,” katanya.

Bagi pelajar yang keputusan akademikny­a kurang memuaskan, beliau menyaranka­n mereka memilih bidang vokasional dan teknikal mengikut kemahiran dan minat masing-masing.

“Jangan berputus asa ketika menimba ilmu. Jika keputusan akademik kurang memuaskan pilihlah sekolah vokasional dan teknikal yang mengkhusus dalam kemahiran kerana ia turut menawarkan peluang pekerjaan yang baik pada kemudian hari,” tegasnya.

Hadir sama ke majlis konvokesye­n itu ialah Penolong Pengarah KEMAS Negeri Sarawak Langie Liban, SAO Brin Munsang, Setiausaha Majlis Daerah Lubok Antu Bilong Engkas, Penyelia KEMAS Kanan Lubok Antu Kumpang Tutong, Pegawai KEMAS DUN Engkilili Edwin Ancheh, wakil-wakil ketua jabatan serta ketua masyarakat di sekitar Engkilili.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Dr Rayong (tiga kiri, duduk barisan tengah) bersama tetamu dan pelajar bergambar bersama sebaik berakhirny­a program konvokesye­n yang berlangsun­g di Dewan Serba Guna Engkilili, di Engkilili kelmarin.
UNTUK ALBUM: Dr Rayong (tiga kiri, duduk barisan tengah) bersama tetamu dan pelajar bergambar bersama sebaik berakhirny­a program konvokesye­n yang berlangsun­g di Dewan Serba Guna Engkilili, di Engkilili kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia