Utusan Borneo (Sarawak)

TEGAS komited bantu pelajar Bumiputera

Ia dapat dilihat melalui bantuan pembiayaan pendidikan diberinya kepada pelajar SPM

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) antara agensi berperanan penting membantu dalam pendidikan anak-anak di negeri ini.

Ketua Unit Pengurusan Pembanguna­n Kemanusiaa­n Pejabat Pendidikan Daerah ( PPD) Bintulu Awangku Ali Udin Pengiran Adenani berkata, peranan itu dapat dilihat melalui bantuan pembiayaan pendidikan diberi oleh agensi terbabit kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Katanya pembiayaan itu membuktika­n komitmen kerajaan negeri untuk melihat anak-anak di negeri ini terus maju dalam bidang pendidikan.

“Justeru anak- anak di negeri ini tidak harus melepaskan begitu sahaja peluang pembiayaan yang disediakan ini,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Penutupan Program Rakan TEGAS Zon Bintulu anjuran Persatuan Guru Bimbingan

Justeru anakanak di negeri ini tidak harus melepaskan begitu sahaja peluang pembiayaan yang

” disediakan ini. Awangku Ali Udin Pengiran Adenani Ketua Unit Pengurusan Pembanguna­n Kemanusiaa­n PPD Bintulu

dan Kaunseling Sarawak (PGBKS) Zon Bintulu, TEGAS dan PPD Bintulu di Hotel Kemena semalam.

Beliau berkata penglibata­n institusi pengajian tinggi dalam program seumpamany­a dengan berkongsi maklumat pendidikan berasaskan latihan adalah antara pendekatan terbaik untuk membantu anak-anak memilih laluan yang betul dalam pengajian pendidikan mereka.

“Pemilihan betul dalam pendidikan akan membolehka­n anak- anak mampu mengharung­i persekitar­an dan saingan yang semakin mencabar dalam perlumbaan teknologi pada masa depan,” jelasnya.

Menurutnya, program seumpamany­a perlu diteruskan dengan kerjasama TEGAS untuk membantu dan memberi manfaat kepada anak-anak di negeri ini.

Sementara itu, Pengerusi Program Rakan TEGAS Sarawak Zon Bintulu mer- angkap Kaunselor Organisasi PPD Bintulu Hamidah Mahmud berkata, program itu merupakan pendekatan terbaik untuk pentadbir sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

Jelasnya, ia juga membabitka­n guru bimbingan dan kaunseling supaya berkongsi ilmu diperolehi daripada penceramah dengan pelajar serta ibu bapa mengenai peluang pendidikan dita- warkan.

“Saya berharap segala ilmu diperolehi tidak terhenti di sini sebaliknya akan membuka minda ibu bapa dan pelajar mengenai peluang dan kemudahan-kemudahan pendidikan yang ditawarkan,” katanya.

Program itu turut dihadiri Yang Dipertua PGBKS Zon Bintulu merangkap pengerusi II program Ting Check Eng.

Antara institusi pengajian tinggi yang terlibat menjayakan ceramah itu ialah Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu, Kolej Vokasional Bintulu, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Bintulu, Institut Latihan Perindustr­ian Miri, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB), University College of Technology Sarawak (UCTS) dan Riam Institute of Technology.

 ??  ?? ALBUM: Peserta program merakam kenangan bersama tetamu dan penganjur.
ALBUM: Peserta program merakam kenangan bersama tetamu dan penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia