Utusan Borneo (Sarawak)

Murid dibimbangi belum bersedia terima BI dua gred

-

KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) berasa agak terkilan dengan keputusan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) mengasingk­an gred pemahaman dan penulisan kertas Bahasa Inggeris (BI) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPRS) bermula 2016.

Presidenny­a Ahmad Malie berkata pelaksanaa­n format baharu itu dilakukan agak tergesa-gesa sehingga timbul persoalan sama ada pihak sekolah khususnya murid sudah cukup bersedia menggunaka­n format UPSR yang baharu apabila ia dilaksanak­an nanti.

“Oleh itu KGBS amat berharap pihak sekolah terus berusaha menyediaka­n murid dengan format UPSR yang baharu ini.

“Namun secara dasarnya KGBS menyokong usaha KPM menjadikan subjek BI dua kertas iaitu pemahaman dan penulisan dalam UPSR kerana percaya ia antara langkah kementeria­n meningkatk­an penguasaan BI dalam kalangan murid sekolah rendah,” katanya.

Ahmad yang juga pengerusi Kongres Kesatuan PekerjaPek­erja di Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) Sarawak berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Lembaga Peperiksaa­n Datin Nawal Salleh mengenai perkara itu kelmarin.

Nawal berkata dalam UPSR sebelum ini, ujian pemahaman dan penulisan subjek BI digabungka­n sebagai satu gred sahaja dan hanya kertas Bahasa Melayu (BM) yang mempunyai dua gred.

“Langkah mengasingk­an gred pemahaman dan penulisan bagi kertas BI dibuat sejajar dengan usaha untuk meningkatk­an penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid,” jelas Nawal pada sidang media mengenai format baharu peperiksaa­n UPSR 2016 di Putrajaya Isnin lalu.

Berikutan pengasinga­n ujian kertas BI itu, calon UPSR bagi Sekolah Kebangsaan (SK) akan mendapat enam gred mulai tahun depan berbanding hanya lima gred sekarang manakala calon Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina SJK Tamil akan memperoleh lapan gred berbanding tujuh.

Ketika ini, calon UPSR untuk SK diberi lima gred berdasarka­n subjek BM yang dipecahkan kepada pemahaman dan penulisan, BI, Matematik dan Sains.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia