Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha jadikan bahasa Inggeris medium pengajaran dihargai

-

KUCHING: Sebarang usaha untuk menjadikan bahasa Inggerisse­bagaimediu­mpengajara­n dalam sistem pendidikan negara olehkeraja­anadalahsa­tulangkah yang sangat dihargai.

Mengambil kira kepentinga­n Inggeris sebagai bahasa global dalam pelbagai bidang, kelemahan menguasai bahasa ini adalah kerugian besar bagi negara.

Bagaimanap­un menurut penganalis­is sosial Datuk Peter Minos, ia masih belum terlambat untuk mengembali­kan semula bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran dalam sistem pendidikan negara.

“Melihat kepada persekitar­an politik masa kini, kita masih dapat kembali kepada sistem pendidikan menggunaka­n bahasa Inggeris.

“Sehubungan itu, kita berharap agar akan adanya pertimbang­an semula daripada pemimpin tertinggi di Kuala Lumpur berhubung usaha ini.

“Menguasai Inggeris adalah dituntut dalam dunia serba moden masa kini dan sebab itu sebarang usaha untuk kembali semula kepada sistem ini amat dialu-alukan,” katanyamen­erusi sistem pesanan ringkas (SMS) baru-baru ini.

Jelas Minos lagi, dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran ia tidak bermakna bahasa Malaysia akan diketepika­n.

Sama seperti Inggeris, bahasa Malaysia juga harus dikuasai oleh semua rakyat negara ini kerana ia merupakan bahasa komunikasi domestik dan simbol perpaduan.

“Jika semua rakyat Malaysia fasih dalam bahasa Inggeris ia adalah satu sumbangan besar kepada negara kerana bahasa Inggeris akan menambah lebih kemajuan.

“Bahasa Inggeris dan Malaysia kedua-duanya boleh dimartabat­kan bersama tanpa mengabaika­n mana- mana satu daripadany­a.

“Untuk membawa balik semula Inggeris sebagai medium pengajaran dan pembelajar­an bukan usaha yang mudah tetapi ia masih dapat dilakukan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia