Utusan Borneo (Sarawak)

Bimbing petugas perubatan jadi lebih profesiona­l

Ia bertujuan meningkatk­an tahap kecekapan dan kualiti perkhidmat­an warga hospital: Dr Kamarudin

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Petugas perubatan perlu sentiasa diberi bimbingan mengenai kesedaran terhadap keselamata­n pesakit supaya menjadi lebih profesiona­l, mengikut prosedur serta peraturan yang ditetapkan.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Dr Kamarudin Lajim berkata ia bertujuan meningkatk­an tahap kecekapan dan kualiti perkhidmat­an warga hospital.

“Beberapa masalah termasuk salah faham dalam memberi arahan telah dikenal pasti sebagai salah satu faktor keselamata­n yang harus diutamakan.

“Dari segi proses pengurusan kemasukan pesakit, kakitangan hospital harus memastikan identiti pesakit tersebut melalui maklumat kad pengenalan­nya.

Beberapa masalah termasuk salah faham dalam memberi arahan telah dikenal pasti sebagai salah satu faktor

diutamakan. ” keselamata­n yang harus

“Ia bertujuan memastikan perkhidmat­an dan proses klinikal yang sepatutnya diberi kepada pesakit betul dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Keselamata­n Pesakit Peringkat Negeri Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini.

Menurut Dr Kamarudin, pelatih perubatan juga harus mengambil berat terhadap perkara tersebut supaya mereka tidak menghadapi masalah ketika memasuki alam pekerjaan.

Katanya ramai di kalangan pesakit pada hari ini turut mempunyai pengetahua­n dalam bidang perubatan dan ini antara cabaran baharu kepada petugas perubatan.

“Kita tidak boleh mengelak daripada cabaran seperti ini dan ia diharus diatasi secara bersama.

“Kerjasama yang ditunjukka­n juga sangat penting kerana ia adalah salah satu faktor yang diperlukan dalam pencapaian sesuatu organisasi,” katanya.

Bercakap lanjut, Dr Kamarudin turut menggesa petugas hospital yang terlibat dalam aktiviti kualiti agar membuat laporan insiden yang berlaku bagi mengenal pasti kelemahan dan punca kejadian dalam sistem penjagaan kesihatan kepada pesakit.

Tambah beliau, ia bertujuan memastikan institusi hospital mengambil langkah-langkah pencegahan dan penambahba­ikan yang proaktif.

Selain itu kadar peningkata­n insiden perlu dibendung bagi menjamin keselamata­n pesakit di samping meningkatk­an mutu perawatan dan perkhidmat­an seterusnya menjaga nama baik atau imej sesebuah hospital.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengarah Hospital Sibu Dr Ngian Hie Ung.

Dr Kamarudin Lajim Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

 ??  ?? RASMI: Dr Kamarudin (kanan) kelihatan sedang memukul gong sebagai simbolik perasmian acara berkenaan semalam.
RASMI: Dr Kamarudin (kanan) kelihatan sedang memukul gong sebagai simbolik perasmian acara berkenaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia