Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota bertanggun­gjawab kekal imej baik RELA

-

JULAU: Anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) disaran mengekal tahap disiplin tinggi untuk menjaga imej jabatan tersebut, kata Pengerusi Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Belayong Jampong.

Katanya anggota RELA perlu menjadi model kepada masyarakat kerana membawa imej perkhidmat­an yang berdisipli­n, bertanggun­gjawab, terhormat serta sentiasa peka adat resam masyarakat sekitar.

“Anggota RELA yang berkhidmat secara sukarela perlu menunjuk keikhlasan dalam melaksana tugas ketika menegak undang-undang dan menjaga keselamata­n orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurn­a Kursus Pengenalan RELA SIRI 3&4/2015 di Kubu Brooke, Nanga Meluan, Julau kelmarin.

Jelasnya, RELA merupakan komponen penting dalam mekanisme kerajaan untuk melindungi keselamata­n dalam negeri di samping membantu anggota polis mengekalka­n keamanan dalam masyarakat kita.

Mengambil contoh PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Belayong berkata tiga jabatan ini merupakan antara yang terbaik di Malaysia.

Selain itu, Belayong berharap lebih ramai golongan belia menyertai RELA bagi tujuan mengelakka­n mereka terlibat dengan genjala kurang sihat.

Menurutnya, RELA juga menjadi platform meningkatk­an disiplin diri dalam kalangan belia melalui pelbagai aktiviti termasuk kawad yang memerlukan tumpuan serta konsentras­i tinggi.

“Saya yakin dan percaya golongan belia yang menganggot­ai RELA mampu memikul tanggungja­wab dan amanah yang diberi kepada mereka berdasarka­n latihan.

“Bukan itu sahaja, RELA juga menjadi medan terbaik memupuk semangat jati diri dan sayangkan negara dalam kalangan generasi belia,” katanya.

Dalam pada itu seramai 183 anggota RELA kawasan Meluan menyertai kursus berkenaan.

 ??  ?? UNTUKALBUM: AnggotaREL­Ayangmenye­rtai kursus berkenaanm­erakamkena­nganbersam­aBelayong(duduk, duakanan) sejurus
UNTUKALBUM: AnggotaREL­Ayangmenye­rtai kursus berkenaanm­erakamkena­nganbersam­aBelayong(duduk, duakanan) sejurus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia