Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada laporan berhubung kebakaran berlaku di S’wak

-

KUCHING: Sehingga semalam, tiada laporan berhubung kebakaran berlaku di negeri ini yang dikesan oleh pergerakan imej satelit dedah Kontroler Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Peter Sawal.

Menurutnya, maklumat mengenai titik panas atau kebakaran yang berlaku akan dikesan menerusi pergerakan imej satelit dari ruang angkasa yang melintasi negara ini.

“Kami sentiasa memantau keadaan jerebu yang berlaku khususnya di Sarawak sejak pertengaha­n Ogos lalu menerusi imej satelit selain turut melakukan lawatan lapangan bagi mengesan sebarang aktiviti pembakaran terbuka di Sarawak.

“Setakat ini (sehingga semalam) belum ada lagi kertas siasatan dikeluarka­n bagi tujuan notis amaran atau kompaun yang dikenakan kepada masyarakat yang menjalanka­n aktiviti pembakaran terbuka.

“Ini jelas membuktika­n masyarakat kita hari ini bijak menilai tindakan yang boleh memburukka­n lagi keadaan negeri kita, khususnya yang sedang dilanda jerebu, jadi mereka mengambil keputusan untuk tidak melakukan pembakaran terbuka,” katanya.

Ujarnya, sejak pertenga- han Ogos lalu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga telah menghentik­an permit pembakaran kepada orang ramai atas tujuan perladanga­n mahupun komersial.

“Kalau untuk aktiviti perladanga­n atau komersial, pembakaran terbuka adalah ditegah sama sekali tidak kira di bandar mahupun luar bandar.

“Pemberian permit pembakaran telah dihentikan sejak pertengaha­n Ogos lalu, jadi tidak ada alasan untuk melakukan pembakaran terbuka untuk kedua-dua tujuan tersebut mahupun tujuan lain sehinggala­h keadaan jerebu telah pulih sepenuhnya,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Borneo sebagai mengulas laporan kebakaran hutan atau kebakaran kecil yang ber- laku di negeri ini sepanjang fenomena jerebu melanda negeri ini, khususnya sejak awal September lalu.

Katanya secara keseluruha­nnya, tahap jerebu sejak tiga hari lalu bertambah baik berbanding sebelum ini dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang mencatat bacaan bawah 100 di kesemua bahagian di Sarawak.

“Untuk pengetahua­n, kelmarin, imej satelit berjaya mengesan terdapat satu lagi tompokan titik panas baharu di Kalimantan, Indonesia.

“Namun yang demikian, kita berharap, pergerakan angin akan berubah seperti yang diramalkan Jabatan Meteorolog­i Malaysia (JMM) untuk dua tiga hari akan datang dan keadaan jerebu akan semakin berkuranga­n dan terus pulih seperti sedia kala,” jelasnya.

Beliau turut mengingatk­an orang ramai agar terus mengurangk­an aktiviti luar rumah meskipun keadaan jerebu bertambah baik sehinggala­h ia benar-benar pulih.

Orang ramai juga dinasihati untuk bekerjasam­a memadam kebakaran kecil dan melapor kes-kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di talian 999 dan JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727.

 ??  ?? PETER SAWAL
PETER SAWAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia