Utusan Borneo (Sarawak)

Jerebu: Pihak sebar kenyataan palsu berhubung penutupan sekolah diselar

-

KUCHING: Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi status laman Facebook rasminya semalam, menyelar tindakan pihak yang tidak bertanggun­gjawab menyebar kenyataan media palsu berhubung penutupan sekolah ekoran fenomena jerebu.

Jelas status itu, pengedaran kenyataan media palsu yang membawa berita tidak benar itu telah viral menerusi aplikasi WhatsApp.

Kenyataan media palsu itu mengumumka­n bahawa penutupan sekolah- sekolah melibatkan beberapa negeri termasuk Selangor, Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Sarawak ( Bahagian Kuching, Samarahan dan Sri Aman) pada hari ini ( 1 Oktober) berikutan bacaan IPU yang mencatat IPU tidak sihat ( 101- 200) dan IPU sangat tidak sihat ( 201- 300).

“Pastikan semua pihak mendapatka­n kenyataan media yang sahih dan rasmi hanya daripada Portal rasmi KPM di www. moe. gov. my, FB rasmi KPM (https://www. facebook. com/ Kementeria­nPendidika­nMalaysia) dan Twitter rasmi KPM ( https://twitter.com/KemPendidi­kan) sahaja,” tegas status KPM di laman Facebookny­a, semalam.

Bagaimanap­un, menerusi komen daripada orang ramai di Facebook itu kebanyakan­nya melahirkan kekecewaan kerana portal rasmi KPM tidak dapat dilayari sejak beberapa hari lalu.

Salah seorang pengguna memberi komen,: “Tolong restart web service atau reboot server “http://www. moe.gov.my” Pegawai Sistem Maklumat - minta to- long jangan tidur dan main Facebook yang tak memberi manfaat sahaja…harap maklum… sudah banyak hari akses ke portal rasmi asyik tak dapat.”

Manakala pengguna lain turut menulis komen,: “Laman web rasmi KPM tidak dapat masuk”.

Tidak kurang juga pengguna yang mahu KPM melaporkan penyebaran berita palsu itu kepada pihak polis untuk tindakan tegas.

Selain itu, terdapat juga beberapa pengguna Facebook yang lain meminta agar pihak KPM melakukan sesuatu bagi membetulka­n laman sesawang KPM agar dapat dilayari untuk sebarang kemas kini maklumat penting berhubung operasi persekolah­an sepanjang fenomena jerebu yang melanda negara ketika ini.

 ??  ?? PENYEBARAN BERITA PALSU: Kenyataan media palsu yang viral menerusi aplikasi WhatsApp, semalam.
PENYEBARAN BERITA PALSU: Kenyataan media palsu yang viral menerusi aplikasi WhatsApp, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia