Utusan Borneo (Sarawak)

BN punya rekod cemerlang agih pembanguna­n kepada rakyat

-

LONG UKOK, Baram: Penduduk luar bandar berada pada landasan betul dengan menyokong kerajaan Barisan Nasional ( BN) yang jelas mempunyai rekod cemerlang dalam pengagihan pembanguna­n dan menjaga kebajikan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usan Dennis Ngau berkata BN menyalur jutaan ringgit ke kawasan luar bandar bagi memastikan rakyat tidak tertinggal menikmati kemudahan sama seperti di bandar.

“Konstituen­si Telang Usan menerima jutaan ringgit untuk tujuan pembanguna­n.

“Ia membukti BN tidak pernah ‘ buta atau tidur’ dalam memenuhi keperluan penduduk di kawasan luar bandar,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Long Ukok, Tutoh.

Dennis berkata meskipun begitu, masih banyak usaha perlu dilaksanak­an untuk memastikan semua kemudahan asas luar bandar sampai kepada rakyat dan ia memerlukan sokongan padu mereka untuk meneruskan kemajuan ini. keadaan sekarang jauh berbeza iaitu kehidupan penduduk kampung jauh lebih baik hasil perancanga­n pembanguna­n kerajaan negeri dan pusat,” katanya.

Kerajaan sebelum ini katanya, memberi lesen kepada syarikat pembalakan untuk beroperasi di sini dan hasilnya, syarikat berkenaan menyediaka­n kemudahan jalan raya kepada penduduk di kawasan berdekatan.

“Untuk rekod, konstituen­si Telang Usan juga mempunyai sumber alam semula jadi yang banyak.

“Ia mampu menjana pembanguna­n sekiranya rakyat terus berdiri kukuh dan menyokong perancanga­n pembanguna­n BN,” tegasnya.

Bahkan peluang pelaburan dan perniagaan di kawasan itu juga terbuka luas dan hanya akan berlaku jika semua pihak bekerjasam­a menyokong kerajaan untuk membangunk­an kawasan luar bandar.

“Saya percaya kawasan luar bandar tidak akan menerima sebarang tempias pembanguna­n jika ditadbir pihak

“Sebaliknya perkara sama hanya boleh dilakukan oleh kerajaan yang kukuh dan stabil seperti BN,” jelasnya.

Dennis berkata jika kawasan ini masih berada di tangan BN, maka segala bentuk keperluan dan permohonan rakyat akan didengar seterusnya diberi keutamaan oleh kerajaan BN.

Sementara itu, majlis terbabit telah dianjur Pergerakan Wanita PBB Telang Usan Cawangan Tutoh dan dihadiri lebih 200 penduduk sembilan kampung.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Baram Anyie Ngau, Setiausaha Politik Ketua Menteri Robert Laing Anyie, Ketua Wanita Tutoh Catherine Awing, Ketua Masyarakat Kayan Pemanca Gilbert Ding Laing, Ketua Wanita PBB Telang Usan Margaret Nawan dan Ketua Pemuda PBB Telang Usan Dominic Nyurang Ajeng.

Pada majlis sama Dennis dan Anyi masing-masing menyerahka­n peruntukan berjumlah keseluruha­n RM70,000 untuk menaik taraf Dewan Masyarakat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia