Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan diharap bantu wujud pertanian rumah hijau

Bentuk pertanian itu akan memastikan kestabilan pengeluara­n sayur-sayuran dan pendapatan petani

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Pengerusi Persatuan Petani Sayur Sibu (PPSS) Tang Liung Poh berharap kerajaan akan membantu petani Sibu memulakan pertanian rumah hijau di Sibu.

Bercakap kepada pemberita semalam pada ‘Seminar Kemajuan Pertanian dan Bagaimana Kerajaan Dapat Membantu Petani Menerusi Pelan Pembanguna­n Petani’ di Kedai Kopi Mee Hock, Tang berkata bentuk pertanian itu akan memastikan kestabilan pengeluara­n sayur-sayuran dan pendapatan petani.

“Semua ahli persatuan bersedia menerima kaedah itu tetapi harus ada seseorang membantu kami di sini kerana kami tidak memahami banyak teknik,” kata Tang sambil menambah bahawa PPSS mempunyai kira- kira 400 ahli pada masa ini.

Beliau berkata kaedah itu telah diterima oleh petani di Kuching, Miri, Bintulu, Sarikei dan Bintangor.

Tang percaya bahawa kos permulaan itu akan menjadi mahal tetapi memberi manfaat kepada petani serta masyarakat dalam jangka panjang.

“Kita bercakap mengenai pengeluara­n stabil dan kita boleh mengurangk­an kos pengeluara­n kerana kurang memerlukan kos buruh dan kita boleh mengurangk­an produk baja dan kawalan perosak,” katanya.

Oleh itu, penduduk di Sibu dapat menikmati harga pasaran sayur-sayuran yang lebih stabil berbanding sekarang.

Terdapat 15 pegawai Jabatan Pertanian telah mengadakan seminar dan berbincang dengan petani mengenai masalah dihadapi petani dan jenis bantuan yang kerajaan boleh beri kepada petani di Sibu.

Menurutnya, ia adalah respons daripada laporan pada Mac tahun ini, petani digalak membesar ladang dan mempunyai teknologi lebih baik bagi memastikan pengeluara­n stabil setiap tahun dan meningkatk­an hasil pendapatan mereka.

Kebanyakan petani di Sibu adalah petani kecil dan ia adalah satu tugas sukar terutama tanpa bantuan teknologi baharu.

Beliau berkata sistem perparitan dan produksi adalah bergantung kepada keadaan cuaca semasa malah musim banjir dan kemarau merupakan ancaman utama kepada petani.

“Jerebu benar- benar memberi kesan kepada pengeluara­n kami. Berikutan keadaan yang kering dan panas, kami memerlukan air untuk menyuburka­n sayursayur­an kami,” katanya.

Semua ahli persatuan bersedia menerima kaedah itu tetapi harus ada seseorang membantu kami di sini kerana

” kami tidak memahami banyak teknik. Tang Liung Poh Pengerusi PPSS

 ??  ?? BANTU PETANI: Tang (empat kiri) bergambar bersama ahli persatuan pada seminar itu kelmarin.
BANTU PETANI: Tang (empat kiri) bergambar bersama ahli persatuan pada seminar itu kelmarin.
 ??  ?? PECAH TANAH: Ripin melakukan pecah tanah projek pembinaan padang bola sepak di Taman Tunku kelmarin.
PECAH TANAH: Ripin melakukan pecah tanah projek pembinaan padang bola sepak di Taman Tunku kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia