Utusan Borneo (Sarawak)

PKKS, PKMM berbeza tetapi peranan sama

-

SIBU: Masyarakat khususnyan ahli Persatuan Kepolisan Komuniti Sarawak (PKKS) tidak harus keliru dengan Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia (PKMM), memandangk­an kedua-dua persatuan mempunyai peranan sama.

Ketua Biro PKKS Daerah Sibu Thomas Ling Kui Eng berkata, PKKS merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan di negeri Sarawak yang dipengerus­i oleh Datuk John Lau Pang Heng.

Sementara PKMM katanya, merupakan badan induk yang terletak di Semenanjun­g Malaysia serta dipengerus­ikan oleh Kuan Chee Heng, yang juga penasihat PKKS.

“Kita masih belum pasti sama ada PKMM memiliki bahagian atau cawangan berdaftar di Sarawak mahupun di Sibu,” ujarnya pada sidang media, kelmarin.

Ling memberitah­u, PKKS ingin memaklumka­n bahawa mereka tidak akan menerima permohonan daripada manamana ahli jika mereka sudah menjadi ahli kepada salah satu daripada persatuan terbabit.

“Ini untuk mengelakka­n salah faham antara pemimpin kedua-dua persatuan,” jelasnya sambil menambah PKKS seperti juga PKMM ditubuhkan bagi menjaga keamanan dan ketenteram­an sesebuah kawasan kejiranan.

Selain itu katanya, adalah menjadi tanggungja­wab komuniti di sesebuah kawasan kejiranan menjaga keselamata­n kawasan masing-masing bersama pihak polis.

“Masyarakat juga mempunyai peranan membantu pihak polis dalam mencegah jenayah, seterusnya menjadikan bandar kita menjadi kawasan putih atau bebas jenayah,” katanya.

Sehingga kini ujar Ling, lebih kurang 2,000 orang telah memohon untuk menyertai PKKS di seluruh Sarawak, yang mana permohonan tersebut akan ditapis oleh pihak polis bagi memastikan ahli PKKS bebas daripada sebarang rekod jenayah.

Untuk menyertai PKKS yang baharu ditubuhkan pada 28 Mei 2015, pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas serta tidak mempunyai rekod jenayah.

Orang ramai juga boleh datang ke pejabat PKKS di No.43, Tingkat 3, Jalan Tuanku Osman, Sibu atau menghubung­i Ling melalui talian 013-8017056.

 ??  ?? SIJIL PENDAFTARA­N: Ling menunjukka­n sijil pendaftara­n Persatuan Kepolisan Komuniti Sarawak yang pendaftara­nnya diluluskan pada 28 Mei 2015.
SIJIL PENDAFTARA­N: Ling menunjukka­n sijil pendaftara­n Persatuan Kepolisan Komuniti Sarawak yang pendaftara­nnya diluluskan pada 28 Mei 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia